via Instagram http://ift.tt/1syVB5a

+++++++++++++++++++++++++++++


#cabaranblogging Hari Ke-4.


“Awak boleh habiskan seluruh hidup awak bertanya “BAGAIMANA?”


Atau awak NIKMATI saat itu dan lihat apa yang berlaku”.


Pertama kali melihat dan merasa sayur ini. Katanya bukan sayur tetapi buah yang dipotong dihiris halus begitu. Dibuat kerabu dan dijamu kami di Banglo Biru.


Tak pernah tengok jadi tak pernah makan. Jadi tak tahu rasanya.


Masa itu terfikir “What if?”


Kalau rasanya pahit macam mana? Kalau tak sedap macam mana?


Macam-macam KALAU terfikir di minda.


TAPI, saya fikir kalau TAK CUBA, TAK RASA, adakah saya akan terjumpa dengan PELUANG ini lagi?


Mungkin Ya, mungkin TIDAK.


Jadi, saya NIKMATI saat itu dan mencuba Bekor ini. Sedapnya. Nasib tak rugi cuba. Siap tambah nasi dan bekor lagi. Pahit tapi sedap.


Itulah.


Dalam hidup, kita banyak HADkan keupayaan kita. LIMIT OURSELVES. Belum cuba dah andai macam-macam.


Sedangkan tak rugi cuba pun. Tetapi, HAD kan pada BERBUAT KEBAIKAN sahaja. Perkara yang merosakkan seperti rokok dan dadah dan lain lain yang buruk itu memang patut dielakkan.


Okay. Bye.


Oh. Kata-kata di atas dari telemovie LOVE AT THE PARADE yang sedang ditayangkan di DIVA Channel Astro.


 #semogabermanfaat