
Biskut Kelapa Asli Shahrinie PeDAS
Saya tak tahu kenapa saya tak suka akan biskut kelapa. Mungkin sebab dulu-dulu bila pergi kedai runcit, nampak biskut kelapa ni diletakkan dalam balang kaca besar dengan penutup balang berwarna merah. Sesiapa sahaja yang mahukan biskut kelapa ni boleh mengambilnya sendiri menggunakan penyepit. Tapi budak-budak kan, rasa macam susah sangat nak guna penyepit, biasanya masukkan je tangan dalam balang dan ambil. Erghhh sebab kadang-kadang dorang suka pegang sekeping dan letak balik. Then pilih lain letak balik. Ewwww. Tapi sekarang ni, bila nampak Biskut Kelapa Asli Shahrinie PeDAS je sure akan start mengunyah hahahaha.
Boleh dapatkan resepi roti kering homemade di sini.
Apakah keistimewaan Biskut Kelapa Asli Shahrinie?
Pertama, Shahrinie Food Industries memberi jaminan bahawa mereka hanya menggunakan kelapa parut 100% asli sahaja dalam membuat biskut kelapa ini. Apa yang dimaksudkan dengan kelapa parut 100% asli ni? Tuan Mior Haziq Adli bin Mior Shahrin berkata, kelapa parut yang digunakan adalah kelapa yang masih mempunyai santan dan baru sahaja diparut, bukannya sekadar hampas kelapa yang telah diperah santannya. Jika menggunakan hampas kelapa, biskut yang terhasil akan berbau tengik dan tidak mempunyai rasa yang asli iaitu rasa lemak-lemak yang terdapat pada kelapa.
Ingin menempah doorgift biskut kelapa Perak? Klik sini.
Kedua, mereka ada secret weapon yang tidak dimiliki oleh pengusaha lain iaitu tepung roti yang digunakan adalah tepung roti yang dihasilkan sendiri. Kenapa tak gunakan je tepung roti yang mudah didapati di kedai-kedai bahan-bahan bakeri? Katanya, tepung roti keluaran mereka sendiri telah diolah bagi memberikan rasa yang sedikit berbeza dan lebih sedap kepada biskut kelapa keluaran Shahrinie Food Industries.
Ketiga, resepi yang digunakan untuk membuat biskut kelapa ini adalah resepi yang diperolehi dari orang-orang lama. Pada zaman dahulu, biskut kelapa ini menjadi kegemaran ramai semasa musim perayaan. Dulu kan zaman takde oven jadi biskut kering ni dibakar menggunakan sabut kelapa. Bau kelapa yang dibakar tu sangatlah harum dan wangi membuatkan banyak air liur meleleh semasa nenek-nenek moyang kita buat biskut ni. Hahaha ini apa yang Mak saya ceritalah. Sebab tu lah biskut kelapa ni jadi favourite ramai masa dulu-dulu. Benda yang hanya menjadi hidangan semasa majlis keraian atau pada hari raya sahaja.

Inilah sebenarnya matlamat Shahrinie Food Industries. Mengeluarkan makanan tradisi secara besar-besaran agar lebih ramai orang dapat menikmati kesedapan biskut kelapa asli dan juga dapat memartabatkan keluaran Malaysia di mata dunia.
Cara untuk mendapatkan Biskut Kelapa Asli Shahrinie PeDAS
Facebook – Shahrinie Food Industries
Instagram – Shahrinie Food Industries
Whatsapp – Shahrinie Food Industries
Alamat Kedai –
Lot 342, Kg. Enggor, Jln. Kuala Kangsar, 33600 Kuala Kangsar