Biskut Lutut Tradisional Sedap Rasso Tanjong PeDAS

Mak saya kata, bila saya sebut tentang biskut lutut, ianya pasti menggamit memori. Ayah kepada Mak saya, iaitu Tok Bak, merupakan seorang polis, jadi mereka agak kerap berpindah randah di dalam Johor mengikut ke mana sahaja Tok Bak ditugaskan. Sehinggalah Tok Bak pencen dan mereka akhirnya menetap di Batu Pahat. Oleh kerana Tok Bak ni seorang polis, beliau memang berdisiplin dan ada jadualnya setiap hari. Waktu Subuh, biasanya Tok Bak akan ke masjid dengan motosikal. Balik masjid, akan sarapan dan bersiap untuk ke kebun. Balik kebun biasanya dalam jam 10.00 pagi. Dan masa inilah Tok Bak akan minum pagi, selalunya dengan Kopi O dengan biskut lutut kegemaran beliau. Sebab itulah Mak kata Biskut Lutut Tradisional Sedap Rasso Tanjong PeDAS ni menggamit memori.

Baca tentang biskut lutut Rasso Tanjong di sini.

Saya pulak memang tak dibiasakan dengan biskut lutut ni. Maybe dulu-dulu susah nak dapat kot. But, semasa saya di Muar untuk majlis persandingan kami, saya terjumpa biskut lutut ni di sana. Banyak pulak tu! Ada pelbagai saiz tapi bentuknya memang sama dengan kepala lutut hahaha. Bermula dari itu, setiap kali kami balik kampung, kami memang akan singgah di pekan untuk memborong biskut lutut ni. Sehinggalah saya berjumpa dengan Biskut Lutut Rasso Tanjong ni, saya boleh dapatkan bekalan dengan cepat dan mudah tanpa perlu tunggu waktu kami balik kampung.

Biskut Lutut Tradisional Sedap Rasso Tanjong PeDAS

Pengasas Azreen Rizal Enterprise iaitu Puan Nor Azreen binti Johari berkata, perniagaan ini bermula secara suka-suka sahaja. Memasak merupakan hobi beliau semasa di waktu lapang dan dari maklumbalas yang diterima, beliau meneruskan hobi tersebut dengan menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan beliau.

Ternyata ianya adalah keputusan yang tepat kerana Biskut Lutut Tradisional Sedap Rasso Tanjong PeDAS semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Dengan saluran pemasaran yang banyak dan dibimbing di dalam Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS), Azreen Rizal Enterprise boleh mencapai impian mereka dengan mudah. Insyaallah.

Dapatkan resepi biskut kelapa legend di sini.

Bagaimana cara untuk mendapatkan Biskut Lutut Tradisional Sedap Rasso Tanjong PeDAS?

Facebook – Rasso Tanjong

Instagram – Rasso Tanjong

Alamat Rasso Tanjong – B3 Bengkel MARA Sri Kendong, 71350 KOTA, Negeri Sembilan