Blur sekejap!
Saya blur sekejap! Setelah lama tak menulis di blog. Ada banyak cerita, tetapi kena tune balik gaya penulisan di blog.
Saya banyak update di Facebook Sa’udah Salleh dan Instagram @saudahsalleh. Lebih cepat dan mudah.
Nampaknya saya kena install apps Blooger kot kat handphone.
Sebenarnya, gaya penulisan di IG, FB dan Blog sangat berbeza. Di IG, cuma boleh menulis 2,550 abjad sahaja. FB lebih sikit tetapi keduanya perlu gambar yang menarik untuk tarik perhatian followers.
Blog pula lebih santai. Boleh letak banyak gambar dan boleh menulis panjang-panjang. Tu pasal kadang kala bila mood tu kurang, memang stress jadiknya nak update blog. Hahaha.
Doakan saya rajin update blog. Saya suka la update blog sebab ini macam diari kita kan?
Macam-macam kisah harian saya tulis kat sini. Jadikan memori terindah.
Macam cerita tentang Ayah. Banyak juga saya tulis dalam ni, tapi banyakkkkk lagi tak tulis. Now semua tu dah jadi memori sebab Ayah dah takde.
Buatkan saya lagi nak menulis di blog. Doakan saya dapat kelancaran menulis setiap hari. Ameen.
Bye.