Book Review : Divine Evil by Nora Roberts
Book Review – Divine Evil by Nora Roberts
Saya adalah peminat tegar penulis terkenal Nora Roberts. Saya memang suka dengan stail beliau menulis. Bab awal, biasanya beliau akan bercerita tentang latar belakang watak-watak utama. Paling menarik adalah apabila cerita mereka mula bersambung atau mula menjadi satu. Hahaha faham tak? Sometimes bab-bab awal ni terlalu naratif atau terlalu panjang lebar penerangan beliau tentang karakter novel tu, but it was worth the read. Kenapa beliau buat begitu? Supaya kita menjiwai watak-watak tu. Macam kita lebih kenal dengan watak dan seolah-olah kita “kenal” mereka dengan lebih dalam. Sekarang pun macam tu kan? Kita follow orang di Media Sosial dan apa yang mereka paparkan tu, buatkan kita lebih “kenal” dan lebih “dekat” dengan mereka. So inilah Book Review – Divine Evil by Nora Roberts.
Okay saya tuliskan sinopsis buku Divine Evil ni. Watak utama adalah Clare Kimball dan Cameron Raffety. Mereka ni kawan sekampung dan Clare ni berkawan dengan Cameron sebab abang kembar beliau, Blair, adalah kawan baik dengan Cameron.
Clare Kimball adalah seorang artis atau scupltor, yang akan menghasilkan arca menggunakan besi, kayu, tanah liay atau clay, and sometimes beliau akan sketch dalam buku lukisan beliau. Di New York, beliau sangat terkenal kerana arca yang dihasilkan adalah sangat menarik dan mahal dengan bantuan agent dan art dealer beliau iaitu Angie dan Jean-Paul Lebeaus, yang juga adalah BFF Clare.
Tetapi semasa Clare berumur 6 tahun, beliau telah menyaksikan satu peristiwa yang sangat menakutkan beliau sehingga beliau trauma. Tapi Clare tak dapat ingat betul-betul apa yang beliau saksikan sebab Clare ingat itu hanyalah nightmare. Dan pada usia 15 tahun, Clare sekali lagi melalui satu kejadian yang teruk iaitu beliau adalah orang yang pertama sekali berjumpa dengan mayat bapanya yang mati terjatuh dari tingkat satu. Kesian giler dengan Clare ni. Sebabtu beliau pindah ke New York, untuk mengubat hati beliau dan cuba untuk melupakan kejadian itu.
Then Clare mula rasa stuck dan decided nak balik kampung balik. Duduk balik kat rumah sendiri sebab Mak Clare dah berkahwin dan berpindah ke tempat lain.
And now, orang-orang yang terlibat dengan kejadian mimpi ngeri dan kematian Jack Kimball dah mula tak senang duduk. Actually novel ni ada selit tentang satu cult tentang Satanism. Mereka memuja Satan dan mereka dah start membunuh manusia.
Dan yang bestnya, ada 13 orang ahli dan half of them adalah orang-orang yang berpengaruh dalam kawasan tu. Ada a few person yang saya boleh teka menjadi ahli cult ni, sebab saya tahu gaya penulisan Nora Roberts ni. Dia selalu tekankan (dalam penulisan novel) yang orang yang kita rasa kenal, sebenarnya kita tak betul-betul kenal pun. Akan tetap ada rahsia yang kita simpan.
Ini review saya tentang KDrama Start-up
Apa yang saya suka dengan novel Divine Evil ni adalah cabaran yang mereka hadapi. This is something new for me iaitu cult ni. Translation cult ni adalah kultus, iaitu satu anutan bukan agama dan mereka akan menjadi taksub dengan anutan itu atau ketua kultus itu. Kiranya macam ajaran sesat la kultus ni.
Another thing saya suka adalah kuasa komunikasi antara suami isteri, lovers, adik beradik dalamnovel ni. Clare ni seorang yang sangat private, tak suka berkongsi dan tak suka berharap kepada bantuan orang lain. She is an independant woman, ditambah lagi dengan 2 trauma masa Clare masih mecil, so she feels that she can’t just trust people. Siapa yang mendapat kepercayaan Clare ni kiranya memang sangat bagus la.
Dengan Cam, Clare boleh sembang apa je. Sampaikan mimpi ngeri Clare tu Clare boleh cerita pada Cam dan bestnya Cam tidak judge Clare. Beliau hanya dengar je. So bila Clare hilang, Cam dapat ingat apa yang Clare cerita dan dapat solve kan misteri kehilangan Clare dan misteri pembunuhan dalam komuniti mereka.
Bagaimanapun, ada satu perkara yang saya tak suka dengan novel ni. Ending dia. Tapi saya rasa akan ada sambungan tapi tak macam ada sambungan. Hahaha. Sebab biasanya kalau jenis buku tu ada sambungan atau dipanggil bookset ni, akan ada tertulis “Book One” tapi ni takde. Meaning memang takde sambungan. Tapi saya nak tahu apa jadi pada cult ni. Di Emmitsboro, Maryland ni cult ini mungkin dah terbubar, tapi disebabkan mastermind cult ni belum tertangkap, dan beliau berazam untuk create satu lagi kumpulan lain. She is the goddess of the Master. Dan kali ini, plan beliau adalah mencari anak muda dan akan guide dan train anak muda ni untuk worship dia dan the Dark Lord. Tapi tak tahu bila akan ada sambungan atau apa tajuk novel nya. Itu yang saya tak suka hehehe.
So inilah Book Review – Divine Evil by Nora Roberts. Saya amat seronok membaca novel ni, walaupun bila baca sebelum tidur, saya berdoa jangan lah termimpi apa yang Clare mimpi tu hahaha. Punyalah descriptive Nora Roberts ni bercerita sampai kan saya dapat bayangkan sendiri apa yang berlaku dan macam mana berdebarnya dan takutnya Clare masa berdepan dengan kejadian kejadian tu.
2 thoughts on “Book Review : Divine Evil by Nora Roberts”
Comments are closed.