Buffet Ramadhan 2018 di Shah Alam Convention Centre
Apa perasaan kita, bila waktu berbuka puasa, kita dapat makan Sambal Udang Terung Pipit. Dan yang paling best adalah kita tak payah masak! Inilah antara menu yang dihidangkan di Buffet Ramadhan 2018 di Shah Alam Convention Centre. Ikan bakar, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Kalio Sotong, Ayam Percik Kelantan. Aduuuh sambil menulis ni pun dah terliur, apatah lagi kalau masa puasa.
Tambah lagi ada Kambing Kebuli sekali dengan Nasi Kebuli dan Salsa Arab. Kalau yang taknak makan nasi sama lauk-pauk ni, ada je menu macam Beef Pad Thai, Sup Utara dengan Roti, ada Pecal, Asam Laksa, Bubur Lambuk, Laksa Thai dan juga Bubur Ashura Utara.
Bayangkanlah, hampir 1 Malaysia punya menu ada kat Shah Alam Convention Centre (SACC Convention Centre). Utara Selatan Timur dan Barat ku jejaki.
Hahaha.
Dengan tema Masakan Warisan Tradisi Turun Temurun dan ungkapan inspirasi “Tiada yang lama, tiadalah yang baru”, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar, membawakan kompilasi menu resepi-resepi nenek moyang kita dengan jumlah hidangan melebihi 100 sajian menarik!
Paling saya tunggu-tunggu nak rasa (read:makan) adalah KACANG POOL. Kacang Pool ni susah sangat nak jumpa kecuali kita je JB. Nasib baik duduk dekat dengan Stall Kacang Pool ni.
Beratur sekejap, lepas tu ambil Roti dan bakar sekejap. Lepas tu letak atas pinggan. Sendukkan kuah Kacang Pool ni atas roti atau sebelah roti bakar tadi. Saya letak atas roti. Senang nak makan nanti. Kuah Kacang Pool ni adalah gabungan antara Daging Cincang dengan Kacang Pool, Baked Beans dan Red Beans. Letak pulak Telur Mata Goyang ni. Sedap yaamat! Lepas tu hiaskan dengan cili dan bawang merah yang dipotong dadu dan jugak limau kasturi. Nanti nak makan, perahkan je untuk rasa masam manis limau tu.
Dah makan Kacang Pool, barulah saya pergi tengok hidangan lain. Memang bestlah apa yang SACC Convention Centre ni hidangkan. Tapi yang kelakarnya, saya sibuk ambil makanan, sampai terlupa nak ambil gambar! Adooooiiii. Ini je yang sempat, sebab konon saya nak survey dulu. Memang survey, pastu terus ambik pinggan, senduk lauk terus duduk dan makan. Hahaha. Ini je yang sempat saya ambil.
Yang bawah ni pulak, ini yang saya rasa. Tak boleh ambil banyak-banyak, nanti kenyang sangat, dah tak boleh rasa menu lain.
Pinggan atas ni ada lauk Sayur Campur Jawa, Masak Lemak Pisang Muda, Kerabu Pucuk Paku, Pulut Panggang sedap giler dan Kueh Bakar.
Yang atas ni pulak ialah Kambing Kebuli, Nasi Kebuli dan Sambal Udang Terung Pipit sedap namateyyy. Saya kena tunggu lama sikit untuk dapatkan Kambing Kebuli dengan Sambal Udang Terung Pipit ni sebab cepat betul habis. Tapi jangan risau, mereka akan refill semula dengan pantas.
Ini pulak the best Apam Balik yang pernah saya makan. Selalu kalau makan apam balik, gula dia akan bersepah sikit dengan jagung tu dapat sikit je berbanding dengan apam dia. Tapi yang ini sedap sangat sebab ini ialah APAM BALIK NESTUM. Sedap, serius sedap sampai kita selfie pun kawan kita tak kisah sebab nak makan apam balik tu cepat-cepat. Hahaha.
Yang ni pulak, saya makan Bubur Lambuk. Pun sedap jugak. Rasa dia authentic sebab ada rasa macam dimasak atas dapur kayu. Terasa rasa smoked tu kat tekak. Sedap sampai kawan selfie pun kita tak sedar, apatah lagi kalau mak mertua lalu kat belakang. Hehehe.
Dengan hanya RM88.00+ untuk dewasa dan RM52.00+ bagi anak-anak yang berumur 7 tahun hingga 10 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas, pakej Buffet Ramadhan 2018 Shah Alam Convention Centre ni sangat berbaloi dengan lebih 100 menu hidangan. Lagi best, anak-anak kita yang berumur 6 tahun ke bawah akan dijamu dengan percuma!
Buffet Ramadhan 2018 Shah Alam Convention Centre ni akan bermula pada 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Sekarang ni, ada promosi EARLY BIRD hanya dengan harga RM78+ sahaja. Bolehlah belanja family kita atau rakan niaga kita. Tapi promosi Early Bird ini akan berakhir pada 17 Mei 2018, so kena cepat-cepat beli supaya tak terlepas peluang ini.
Satu lagi, bila kita berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2018 Shah Alam Convention Centre ni, kita sebenarnya akan turut serta dalam memberikan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Gelandangan. Best kan, sambil kita berbuka, sambil tu kita beramal sebab dengan setiap pembelian Baucer Buffet Ramadhan 2018 ni, mereka akan salurkan RM1.00 bersama-sama sumbangan lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan melalui Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur.
Kalau kita nak belanja ramai orang, like family ke, staff ke, pelanggan kita ke, ada Pakej Korporat ada ditawarkan pada harga RM75.00+ dengan jumlah minima tetamu seramai 30 orang. Siap ada ruang untuk mereka! Apa yang penting, hubungi SACC dan discuss dengan mereka so that majlis berjalan lancar dan tetamu kita berasa selesa dan happy.
No. Tel : 03-5511 8858
FB : SACCOfficialnew
IG : shahalamconventioncentre