Teks : Saudah Salleh


#cabaranblogging Hari ke-11 


ADIK BONGSU DAH KAHWIN 
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Kami ke Kuala Krai meraikan majlis pernikahan dan perkahwinan adinda bongsu. 


Rasa macam masih kecil lagi Muhammad. Dah jadi suami Norul. 


Apapun, tahniah akak ucapkan. 


Akak dan Abang Rahim @rahimauto doakan pernikahan ini hingga ke syurga. 


Ingatlah, hari-hari selepas pernikahan perlukan kerjasama kalian berdua agar lebih mudah dilalui. 


Setiap hari, carilah alasan untuk berbahagia, kemudian berbahagialah. 


Saat pasanganmu marah, hadapilah ia dengan hati yang damai. 


Firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 32, terjemahannya: 


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. 


Jika mereka miskin, Allah akan berikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya-pemberianNya, lagi Maha Mengetahui”. 


#mardsallehwedding 
#semogabermanfaat


via Instagram http://ift.tt/1xDNUf1