
Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak Momazing PeDAS
Saya memang suka tengok orang pakai tanjak, especially pengantin. Tak kiralah rupa macam mana, saiz badan macam mana, bila pakai tanjak, confirm akan handsome dan macho! Hahaha memang begitulah pandangan saya kepada kehebatan tanjak. Tetapi, adakalanya orang pakai tanjak tu tak berapa betul dan menyebabkan jadi tak hensem dan kelakar sikit. Seorang usahawan berkongsi cara memakai tanjak kanak-kanak Momazing PeDAS, yang merupakan pengeluar barangan kraftangan yang memfokuskan kepada pembuatan tanjak melayu asli.
LANGKAH PERTAMA :
Letakkan tanjak kanak-kanak Momazing di kepala anak.
LANGKAH KEDUA :
Laraskan atau adjustkan tanjak ikut kesesuaian saiz kepala anak-anak. Ketatkan atau longgarkan tanjak pada pucuk nya iaitu bahagian simpulan tu.
LANGKAH KETIGA :
Pastikan pucuk atau simpulan tanjak tu berada di bahagian kanan kepala atau berada betul-betul di belakang cuping telinga kanan.
LANGKAH KEEMPAT :
Dah pakai dah hensem dah bergambar, lepas habis majlis, kena simpanlah elok-elok tanjak tu. Bersihkan tanjak tu. Simpan di kotak yang disediakan. Dan letakkan di tempat tinggi. Hahaha ini untuk elakkan orang ambik sebenarnya hehehe.
Sedikit latar belakang tentang Momazing Enterprise yang ditubuhkan pada tahun 2019 merupakan syarikat bumiputera yang menghasilkan kraftangan, pakaian bayi dan kanak-kanak di Malaysia.
Bekas jurutera dan perunding perkapalan minyak dan gas ini menjadikan minat dan hobi isteri dalam bidang jahitan kraftangan kepada sebuah perusahaan menghasilkan tanjak moden yang menjana pendapatan 100% dari rumah
secara dalam talian menggunakan platform e-dagang dan berada di bawah naungan MDEC untuk Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat atau PeDAS.
Apa yang istimewa tentang Momazing Tanjak Melayu Asli ini adalah setiap hasil kerja tangan tanjak mereka adalah berkualiti tinggi. Ini adalah untuk memastikan setiap pelanggan yang membeli tanjak ini berpuas hati dan boleh memakai tanjak berulang kali untuk tempoh yang lama. Orang kata, berbaloi-baloi! Hahaha.
Tanjak Momazing memfokuskan kepada rekabentuk tanjak warisan melayu yang telah di tambah baik sesuai dengan permintaan semasa meliputi semua peringkat umur.
MUHAMMAD ZULQARNAIN BIN ZAINUDDIN
Tanjak dijahit kemas dengan benang dan kain yang berkualiti dengan setiap satunya dijahit bersama dawai untuk membantu tanjak kekal cantik sesuai dipakai setiap hari tanpa mudah rosak.
Jika inginkan tanjak sebagai door gift majlis perkahwinan atau majlis keraian, baca di sini.
Walaupun Momazing Enterprise beroperasi di Tanjung Malim, tapi jangan risau, tanjak boleh didapati secara ONLINE di :
Shopee – Momazingbabytailor
IG – @momazingbabytailor
FB – Momazing Store
Youtube – Momazing Store
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan team Momazing iaitu :
Zulqarnain – 0172997992
Sazarina – 01140217997
Baca mengenai Momazing pembekal tanjak melayu asli di sini.