Apabila bercakap tentang sos perapan, tugas utama sos perapan adalah untuk menaikkan rasa daging melalui tambahan satu lapisan rasa. Syarat extra selain dari sos perapan yang sedap dalam menjadi kambing bakar kita sedap adalah dengan memilih bahagian daging yang bersesuaian dengan cara kita masak. Ada beberapa cara perap kambing bakar Ansal Ternak PeDAS yang saya perolehi dari Puan Fazlina binti Anuar dari Ansal Ternak Frozen & Trading yang merupakan usahawan di bawah Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat.
Cara perap kambing bakar
1. Dry rub atau perapan kering
Perapan kering terdiri daripada rempah-ratus kering dan juga herba-herba kering yang digosok ke permukaan daging, dalam contoh ini adalah daging kambing, untuk menambah perisa. Daging akan menyerap minyak-minyak penting dari rempah-rempah dan herba kering. Dry rub ini juga akan menghasilkan kerak atau crust pada permukaan daging yang dipanggang atau digril.
2. Sos Perapan
Manakala sos perapan pula merupakan sambung atau extension kepada dry rub. Hanya dengan tambahan sejenis cecair sahaja kepada rempah ratus dan herba kering akan menjadikan ianya sos atau paste.

Baca tentang Kambing Perap Ansal Ternak di sini.
Apakah perbezaan di antara Dry Rub dengan Sos Perapan?
Oleh kerana dry rub tidak mempunyai sebarang cecair, ianya perlu disapu ke daging sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dipanggang atau digril untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Manakala sos perapan pula membantu melembutkan daging serta menambahkan rasa yang lebih hebat kepada daging pilihan. Sebab itulah Ansal Ternak menyediakan sos perapan berasaskan lada hitam atau blackpepper sauce yang sedia digunakan pada bila-bila masa.
Berapa lama tempoh yang sesuai untuk perap daging?
Paling minima perapan boleh dibuat sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dimasak. Namun adalah lebih baik jika kita mulakan perapan sehari sebelum dimasak supaya daging itu dapat menyerap semua perisa dan sos yang digunakan.