Cirit-birit rupanya antara tanda GASTRIK

Dah dekat 2 minggu saya kena cirit-birit. Bermula dengan demam panas dan cirit-birit akibat keracunan makanan. Lepas tu agak okay sehinggalah Sabtu minggu lepas, saya terkena lagi attack yang teruk.


Teruk sebab hampir setiap jam ke toilet. Sampai rasa nak baring je dalam toilet tu sebab penat sangat.


Sambil tu, monitor jugak blood pressure, takut naik mendadak, tapi alhamdulillah masih dalam kawalan.


Adik saya ada cakap, akak ni macam kena gastrik, sebab antara tanda gastrik adalah perut tak sedap dan cirit-birit. Kami berdua ni pesakit gastrik, tapi gastrik saya agak teruk sebab boleh kena attack tiba-tiba dan tahap muntah-muntah sampailah muntah kuning, baru akan lega gastrik ni. Siapa biasa gastrik, sure tahu muntah kuning tu apa.


Tapi saya macam tak percaya sebab saya fikir, kalau saya kena gastrik, sure ada muntah-muntah. Ni takde, cuma cirit-birit je.


Sampailah Ahad lepas, rasa tak sedap badan. Ada rasa mual. Sakit perut. Selera makan memang dah tak berapa ada. So saya ajak suami ke klinik.


Sampai klinik, ada doktor lelaki, takpelah sebab biasanya suami akan masuk sekali. Bila check tekanan darah, masih normal 120/80.


Tapi bila doktor ketuk-ketuk kat perut tu, katanya perut saya penuh dengan angin. Then doktor ambil stethoscope dan letak kat perut. Hahaha rasa kelakar pulak sebab ingatkan dia nak check degupan jantung.





“Confirm awak gastrik.”


Uish, lama betul saya tak kena gastrik ni, sampai dah lupa simptom-simptomnya.


Bila Google, ini tanda-tanda gastrik.


* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Dua ni je saya rasa, Rasa tidak selesa dan Hilang selera makan.

So doktor bagi ubat magnesium trisilicate, ala-ala Gaviscon untuk gastrik ni. Ni untuk neutral kan kandungan asid dalam perut dan kurangkan sakit dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh gastrik ni.
Kena cari cara alternatif untuk kurangkan gastrik ni cepat. Dah nak Ramadhan ni.
Saya pernah gastrik sepanjang Ramadhan. Akan ada 1 hari dalam seminggu saya mc sebab gastrik. Tapi puasa penuh jugak sebab tak boleh makan sangat.
Taknaklah macam tu lagi. Serik.