Lemau rasa badan. Minggu lepas, saya demam panas. First time demam dengan suhu yang tinggi. Kejap jer demam dia, tak perasan pun demam sampailah kat klinik bila doktor check suhu.
Kisahnya, Khamis petang ayah ada appointment di PPUM. Jadi saya pun ambil cuti 1 hari tapi pagi tu saya ke pejabat. Tak buat kerja pun, sebab kepala saya pening. Saya ingat sebab tak cukup tidur. Tapi at the same time, check jugak blood pressure, takut mencanak naik.
Pening kepala pun lain dari kalau BP naik, so tak risau sangat. Jam 12 tengahari, husband ambil dan hantar ke PJ. Beli Nasi Kukus favourite saya di Kelana Parkview, tapi bila tiba PJ, perut saya rasa tak sedap dan start takde selera nak makan. So tak makan lunch. Solat dan husband terus hantar ke PPUM.
Saya expect jam 5.00pm akan siap appointment ayah ni, tapi jam 4.00pm dah siap. Bad news tapi syukur. Jantung ayah, given his age and medical history, dah semakin lemah. So…
Anyway, balik dari appointment ayah, kepala saya semakin pening. Jadi ajak husband ke klinik untuk check BP.
Bila doktor tanya, “Ada demam?” Saya jawab takde. Sebab tak rasa sangat pun demam tu.
Rupa-rupanya, suhu badan saya ialah 38.9.
A fever is a rise in body temperature. It’s usually a sign of infection. The fever itself is generally harmless and probably helpful. Fevers usually don’t need treatment.
Doktor kata ada infection, cuma tak tahu kat mana. So, just ambil Paracetamol dan doktor beri MC untuk 1 hari dengan pesanan – Bed Rest. Hehe.
Balik, makan panadol. Tepek Cool Fever. Baru saya tahu sejuknya bila Cool Fever tu letak kat dahi. Terus tidur. Jam 2.00 pagi, saya terjaga sebab Cool Fever tu tertanggal. Cubaan lekatkan semula tak berjaya. So saya bangun dan ambil Cool Fever tu. Dah jadi kecik, maybe panas sangat kot badan saya. Alhamdulillah, demam dah takde sebab saya tak pening kepala lagi.
Tapi, lepas tu, saya cirit-birit yang teruk. Sejam sekali saya bangun untuk ke toilet, sampai takut nak tidur, takut tak sempat sampai toilet dah terburai.
Sarapan pagi tu, husband belikan Nescafe dan Roti Canai. Sebenarnya saya takde selera dan tak tahu nak makan apa. So order je sebab taknak husband risau. Saya cuma larat minum suku cawan dan sekeping Potato Bread je. Roti Canai tu tak bersentuh pun.
Dan selepas tu, cirit-birit yang lagi teruk.
Saya buat air Teh O Pekat tanpa GULA. Ini petua yang berkesan setiap kali saya cirit-birit. Minum dalam setengah cawan.
Tapi TAK BERKESAN.
Masih lagi cirit-birit setiap jam. Makin lembik dan dah terasa dehydration sebab takut nak minum air. Tapi paksa jugak minum teh o supaya ada air masuk badan. Melepek saya atas katil sambil lelapkan mata. Tak sedar hujan pun sebab tak larat. Bangun hanya untuk ke toilet. Solat pun laju-laju, sebab lepas tu, berlari ke tandas balik.
Cirit-birit ni lebih 24 jam sebab hari Sabtu tu pun, masih lagi cirit. Dah lah nak balik kampung.
Saya rasa saya terkena food poisoning la. Antara simptom-simptom keracunan makanan adalah :
Cool Fever jadi kecik sebab panas sangat dan cirit-birit
Most types of food poisoning cause one or more of the following signs and symptoms:
Nausea
Vomiting
Watery diarrhea
Abdominal pain and cramps
Fever
Signs and symptoms may start within hours after eating the contaminated food, or they may begin days or even weeks later. Sickness caused by food poisoning generally lasts from a few hours to several days.
Saya ada Nausea (Loya), Watery Diarrhea (Cirit-birit) dan Fever (Demam).
Hari Rabu tu, kami cuba makanan di Food Truck. Maybe ada contamination di situ. Khamis pagi, makan di gerai regular kami, sini kebersihan dia terjaga.
Salah saya sebenarnya, pilih untuk makan di situ. Saya tak salahkan food truck tu. Saya pilih untuk try di situ, bukannya dia paksa kan?
Pengalaman baru demam panas dan cirit-birit yang melebihi 24 jam.