Crispy Peria Berperisa Wanz Bites PeDAS

Peria. Dulu bukan menjadi pilihan, malahan paling tak boleh jumpa hahaha. Kalau kat asrama kan, kena habiskan semua makanan yang ada dalam tray. Bila menu sayur adalah peria tumis je, saya dah buat muka, tapi akan ada kawan yang gembira. Sebabnya dia suka peria dan peria di tray saya akan berpindah masuk ke tray dia. Tapi masa makan kat Restoran Original Kayu, saya ada rasa peria goreng yang suami saya ambil. Ehhhhh sedapnya peria goreng ni. Peria dihiris nipis dan digoreng dengan tepung. Dan yang bestnya adalah peria tu tak pahit! Start dari itu, dan dah pandai sikit untuk masak peria, saya memang tercari-cari snek peria ni. Paling best saya rasa adalah Crispy Peria berperisa dari Wanz Bites, sebabnya tak pahit (ini sangat penting) dan pedas!

Wanz Bites merupakan salah seorang usahawan yang menyertai Program E-Dagang Setempat (PeDAS) di bawah agensi MDEC. Antara misi mereka adalah menjadikan Peria yang penuh khasiat ini sebagai snek Rakyat Malaysia dan mengedarkan kebaikan peria ini ke pasaran antarabangsa.

Wanz Bites merupakan salah seorang usahawan yang menyertai Program E-Dagang Setempat (PeDAS) di bawah agensi MDEC. Antara misi mereka adalah menjadikan Peria yang penuh khasiat ini sebagai snek Rakyat Malaysia dan mengedarkan kebaikan peria ini ke pasaran antarabangsa.

Apa yang menarik tentang PERIA?

Peria is Pahit haha tapi tak boleh dinafikan yang pahit itu adalah ubat. Peria Katak merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Patut la pun.

Crispy Peria Berperisa Wanz Bites PeDAS

Dan peria ini telah digunakan di dalam bidang perubatan tradisional sejak dahulu kala. Walaupun tiada kajian saintifik dilakukan, katanya peria ni boleh menyembuhkan demam panas, sakit perut. Manakala dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis “insulin tumbuhan” dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Apa yang menarik tentang Wanz Bites adalah mereka tahu yang pelanggan mereka tidak menyukai peria yang pahit, jadi mereka telah memberikan rasa baru kepada snek peria ini.

Baca tentang pengusaha kerepek peria Pahang di sini.

Puan Wan Nooraini Wan Yahaya berkata, perisa Crispy Peria ini dipilih berdasarkan kepada citarasa pilihan pelanggan iaitu:

Original
Spicy (Pedas)
Kari
Salted Egg (Telur Masin)
Keju (Cheese)

Kata beliau lagi, setelah Crispy Peria ini diberi perisa, ianya dapat diterima oleh semua lapisan umur, dari kanak-kanak sehinggalah ke umur dewasa. Kalau tak, orang tua (macam saya) pun  taknak makan peria ni hahaha.

Ada 3 cara untuk dapatkan Crispy Peria Berperisa Wanz Bites PeDAS:

Facebook – Crispy Peria Berperisa Wanz Bites

Instagram – Crispy Peria Berperisa Wanz Bites

Kedai – Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang

Youtube – https://youtu.be/XSurkdLZsbI