CUTI KRABI : Gerai makanan jalanan – Pedulikan DIET

Satu
perkara yang best di Krabi adalah makanan. Halal food memang senang di sana,
hanya perlu tengok tanda HALAL dan juga peniaga memakai tudung.

Namun
masih perlu berhati-hati sebab ada 1-2 kedai yang mengatakan mereka adalah
restoran HALAL tetapi menawarkan beer dan minuman beralkohol. Dan staf mereka
tiada yang memakai tudung.

Hari
kedua dan ketiga, memang banyak kami makan street food. Selain harganya yang
murah, kesedapan street food ini memang bestlah.

Kawasan
street food yang terkenal di Ao Nang adalah di kawasan pantai. Mula-mula
mencari Yaminlah Pancake ni, macam frust sebab tak jumpa. Dah jumpa pantai,
tapi tak jumpa Pancake.

Tapi
suami kata relakslah. Kita explore dulu kawasan ni. Dia tahu saya stress, jadi
sebab dia yang bawak motor, maka saya ikut sajelah. Lapar sebenarnya, tu yang
nak mengamuk tu. Hehe.

Okay,
kalua dari kawasan MC Donald tu, terus je menghala ke pantai. Nanti sebelah
kanan akan ada kedai-kedai kecil yang jual macam-macam benda. Hehehe. Kemudian akan ada selekoh ke kanan. Haaa…depan tu dah nampak pantai.

Nikmatilah
pemandangan pantai tu sambil mata memerhati 2 perkara. Yang pertama, cari
signboard KRABI RESORT sebelah kiri.


(sumber : Google)

Atau
bangunan biru sebelah kanan iaitu TOURIST POLICE Office.


(sumber : Google)

Haaa…Nampak
bangunan ni, Halal Street Food Ao Nang seberang jalan je.

Diet saya memang hancur kat sini. Sebab atas alasan bercuti, saya makan je apa yang nak makan. Tapi kiranya makan banyak, berjalan pun banyak. Massage lagi. Kira okaylah kan.

Gerai
yang bawah ni, jus blended memang best. Memang kaw kaw giler. Dah lah comel
orangnya.

Hari
kedua, waktu tengahari kami beli juice sampai 3 cawan! Malam lagi 2 bekas. Esoknya
2 cawan lagi. Sampai peniaga tu pun senyum je tengok kami berdua.

One
thing bagus tentang peniaga jalanan ni, mereka sangat menghormati pelanggan. Mesti
akan senyum. Lepas tu greet kita. Hai. Hello. Takde pun marah-marah. Best rasa
membeli kat sini.

Jus-jus
pun memang berasalah. Maksudnya memang terasa buah berbanding air dan gula. Ada
sekali tu, kami beli air nenas (pineapple). Sedap tapi tak berapa manis. Dan kami
tengok, memang air gula tu tak banyak sangat. Jus mangga memang terbaiklah. Mangga
Thailand memang sedaplah. Manis. Juicy. Dahlah murah. Memang best.
 


Yang
ni memang tak perlu diperkenalkan. Ramai yang kenal. Yang belum pergi sure
pernah baca bloggers buat review.

Makcik
Yaminlah ni peramah sangat. Mesti akan berbual dengan customers beliau. Masa kali
pertama pergi ke gerai beliau, masa tu baru jam 11.30pagi. Tapi Makcik Yaminlah
ni baru bukak gerai dia, dia mintak maaf. Mintak datang jam 12.00pm. Pergilah
mana-mana dulu, katanya.

So,
kami jalan-jalan ke gerai sederet Makcik Yaminlah. Dah habis pusing, suami
kata, jomlah kita ronda dulu.




Kat
sini pun beli jugak yang cucuk-cucuk ni. Ini memang favourite suami walaupun
kat Malaysia ada je pun. Tapi layan je sebab sedap. Dan lapar. Hahaha.


 Kat sini, kami lunch dan dinner. Ada 2 gerai nasi. Kalau dari kawasan Mc D tu, nampak gerai inilah dulu. Kami cuba kedua-dua gerai. 

Yang paling kena tekak kami adalah gerai yang paling hujung, gerai nombor satu. Tapi kami perasan, kalau malam tukang masaknya lain. Maybe depa ada shift kot. Ini gerai pertama yang saya cakap sedap.


Masa lunch, sebab kami awal, dapatlah makan di bawah pokok, kat belakang gerai-gerai ni. Waktu malam memang penuh. Lagipun, siang-siang, ramai yang pergi island hopping. Lunch dah masuk dalam pakej, tu yang tak ramai waktu tengahari.

Gerai ni sedap, cuma yang pertama tu lagi sedap. Lagi kena tekak kami. Tapi TOMYAM kedua-dua gerai memang kaw. Walapun pedas, saya tetap hirup jugak. Yang bestnya, perut tak rasa panas dan tak meragam. Kalau kat Malaysia, saya tak berapa berani nak hirup gitu je Mesti campur dalam nasi.




Dekat gerai bawah  ni, kami beli udang salut tepung dengan sotong tepung. Sotong tepung dia memang sedap giler. Dahlah besar, murah pulak tu. Yang sotong memang kami berulang beli sebab tahu kat Malaysia, susah sikit nak dapat macam ni.

Dalam gambar ni, sotong tepung yang belah kanan, atas ayam goreng tu. Besar tau sotong dia.


Anyway, kalau ditukarkan Baht kepada Ringgit Malaysia, memang mahal sikitlah. Macam tomyam tu, 100Baht. Kalau duit Malaysia, dalam RM12.24. Kira mahal lah sebab kat kawasan rumah kami, masih dapat dalam RM7.00.

Tapi kami tak kisah pun bayar mahal, sebab isi tomyam tu semua boleh dimakan. Takde pun banyak ‘sampah’ macam kat sini. Hehe.