Yang ni memang kelakar. Lain yang kami rancang, lain yang kami buat. Konon nak experience, tapi keselesaan yang kami pilih.
Apa yang kami rancang tapi kami tak buat pun, tapi kami tak menyesal.
1) Rancang naik bas je.
Tapi bila depan kaunter, suami kata “Kita naik teksi je lah. Senang dan cepat.”
Saya okay je sebab yang mengangkat bag adalah suami, so biar dia aje yang buat keputusan.
Walhal, masa plan, kita jimatkan belanja supaya boleh spend kat souvenir dan massage dan makan. Hahaha.
Ini kaunter teksi dan bas. Keluar je dari pintu arrival, dah terus nampak kaunter ni. Airport Krabi ni tak besar mana pun, memang macam Airport Alor Setar je. Skypark lagi lawa lah.
So, kami naik teksi. Tapi yang kelakar, rancangan mengejut ni pulak, mengejutkan kami.
Sebab, bukan teksi, tapi VAN! Besar giler untuk kami berdua aje. Kalau reramai takpelah naik van ni. Tapi kami tak kisah. sebab dapat experience ni.
Tengoklah tu, sikit punya besar ‘teksi’ kami. Tapi selesa sangat. Yang penting, air-cond kuat. Takde bau pelik-pelik. Luas pemandangan sebab besar.
Di kaunter tadi, mereka dah tanya hotel mana yang kita book, jadi driver akan terus hantar ke hotel.
Settle tentang teksi, kami menuju ke luar airport. Tapi berhenti lagi, sebab nak beli simkad Thai.
2) Rancang tak nak beli Data
Beli jugak akhirnya.
Memang tahu WiFi memang ada dan banyak kedai offer free WiFi, tapi beli jugak sebab murah.
Untuk 3 hari, 500Mb Internet hanya 150 Baht sahaja (RM18.35). Dan keputusan ini bagus sebab WiFi kat bilik adalah sendu.
Dan 500Mb tu cukup sebab kat tempat makan dan massage, saya guna WiFi kedai. Hanya kat bilik je sendu.
Semua setup akan dibuat oleh seller. Kita cuma bagi phone, bayar dan tunggu dalam 10 minit untuk setting. Lepas tu siap dah.
Driver kami sabar je menunggu. Siap angkat bag dan parking teksi depan-depan pintu airport tu. Hehe.
Perjalanan ke Ao Nang hanya ambil masa dalam 30 minit la. Suasana kampung memang nampaklah kat Krabi ni. Macam kat Muar, macam kat Alor Setar gitu. Banyak kebun getah dan kelapa sawit. Nenas pun ada jugak. Lagi satu, banyak bukit batu kapur kat sini.
Tetiba, teksi ni berhenti kat satu tempat. Dia kata nak buat report pada company dia la. Tapi kan dah buat research, memang akan berhenti kat tour agent.
Tapi driver kata tak payah turun. Tunggu je dalam teksi sebab dia je kena buat report. Then ada satu lady datang ke van. Dok tanya kita duduk hotel mana. Ada buat booking island hopping ke? Kalau nak dia bantu, dia boleh book kan.
Saya jawab, “Oh dah buat booking lama dah dari KL lagi.” Hehe terus senyap dan cakap thank you.
3) Rancang nak tidur kat Hotel kalau dapat bilik
Sampai hotel, memang driver turunkan di depan hotel. Kami rancang, dapat masuk bilik terus, tapi rancangan tak menjadi lagi. Aduh.. dahlah mengantuk sebab dapat tidur dalam bas sekejap dengan dalam flight pun sekejap aje.
So, tinggalkan bag dan start jalan kaki menuju ke Ao Nang. Kami book di Haleeva Sunshine, dekat area Masjid Ao Nang. Sebab utama adalah mudah untuk makan di kawasan ini. Memang betul pun, sebab area pantai tu kena hati-hati sikit. Cuma kat area pancake Yaminlah tu adalah gerai-gerai halal.
Target nak cari transport ke Night Market Krabi Town. Hanya ada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad malam sahaja. Tak berani naik motor sebab jauh dan tak tahu jalan. Malas nak sesakkan fikiran cari jalan. Hehe mahu relaks aje kali ini.
So, jalan-jalan lebih kurang 1 km, terjumpa tour agent ni. Pakai tudung kecil molek orangnya. Pandai cakap melayu jugaklah. Senyum aje.
Tanya pasal Night Market Krabi Town. Dia bukak harga 350THB. Dua orang dah 700THB tapi dia bagi 650THB. Uish mahalnya, jadi saya pun tawar. Dapatlah 200THB x 2 orang = 400THB.
Ini agentnya. Kecik je booth dia. Pesan beliau, jam 6 petang, tunggu di lobby hotel. Nanti ada driver datang ambil dengan van. Okaylah, dah settle tentang Night Market Krabi Town. Ingat nak survey Elephant Ride, tapi penat tak tidur, so malas nak fikir.
3) Rancang nak rehat je.
Patah balik ke hotel. Menapak lagi. Pastu, nampak Rumah Urut ni. Hehehe.
Dia jemput kami masuk dan massage. Saje tanya urut kaki berapa? Refleksologi hanya 250THB untuk 1 jam. Suami kata jomlah sebab nak tunggu bilik lama lagi. Masa tu baru jam 9.30 pagi, so setujulah.
Just cuba dulu urut kaki, kalau okay, baru kita urut satu badan. Kami memang allocate bajet besar untuk massage ni, sebab kami tak pergi Island Hopping. Masa tengok ramalan cuaca, katanya Krabi akan hujan lebat masa ni, so taknaklah redah lautan masa hujan. Just nak Elephant Ride je.
Akak ni urut suami. Agak berumur tapi kuat betul. Untuk saya, yang muda so urutannya pun tak lah kuat sangat. Suasana Ruen Sukhotai Massage ni sangat best, teringat kat Alammi Spa Concorde Hotel yang selalu saya pergi.
Ruen Sukhotai Massage ni di kawasan Mc Donald, betul betul sebelah White Sands Krabi Resort, memang akan perasanlah pusat urut ni.
Masa urut ni, suami saya siap tertidur-tidur. Berdengkur lagi. Awek-awek ni gelak je tengok kami tidur. Kejap-kejap dia tanya, “Sir, okay masage? Hard okay?” Suami jawab, “Okay good.”
Habis massage dalam jam 10.45 pagi gitu, so kami pun jalan balik ke hotel. Sebab bilik tak dapat masuk lagi, lepak je kat lobby. Charge handphone sambil WiFi.
Kat lobby, boleh buat air panas macam teh dan kopi. Buatlah berapa banyak pun, diorang tak kisah. Cuma dah orang bagi free, silalah jaga kebersihan. Buang cawan kertas tu bila dah habis minum.
Dalam jam 12.30tengahari, barulah bilik settle dan boleh naik atas. Dah tahu, hotel ni takde lift, dapat lak tingkat 3, memang sedaplah menapak. Tapi okay je sebab suami yang angkat bag, saya cuma bawak bagpack je.
Masuk bilik, terus melepek. Bilik okaylah, for only RM175.00/2 malam, as long as it is clean, I am okay.
Lepas tu, tidurlah apalagi. Waktu ni Zohor dah masuk dan dapat dengar azan sebab masjid cuma 300 meter je dari hotel.
Dah petang sikit, bangun dan mandi. Sesiap nak pergi lunch. Rasanya dalam jam 3.00 petang kot. Takut terlajak tidur kan, nanti terlepas pulak ride ke Night Market Krabi Town jam 6.00 petang.
Panas waktu petang tu, so malas nak gi jejauh, kami ke BangBoo Restaurant kat sebelah hotel. Makan nasi goreng dengan teh ais dan mango juice. Mahal giler la, sebab nasi goreng je dalam RM20.00 satu, air teh ais dalam RM5.00, mango juice dalam RM7.00. Bayar masa ni dekat 500THB. Pergh…tapi sebab malas nak gi pantai Ao Nang, redha ajelah.
Sebab panas, kami cecepat masuk bilik hehe. Tunggu pukul 6.00 nak ke pasar malam.
Rancang lain, buat lain. Tapi kami okay sebab datang Krabi nak relaks.