CUTI KRABI : Sewa Motor Tapi Tak Laju. Semput!
Hari ini, misi kami ada 3 sahaja.
Yang pertama, sewa motor. Ada 2 harga. 200Baht dan 250Baht. Tanya reception, kenapa beza? Dia kata kelajuan. Yang murah tu biasa. Yamaha Mio Fino 100cc. Rasanyalah. Yang 250Baht tu 125cc.
Kami ambil yang murah je sebab setakat nak pergi Ao Nang je yang dekat, so marilah kita save 50Baht.
Sewaan motor ni untuk 24 jam, jadi sebab kami ambil jam 10.30am, maka pulangkan esok jam 10.30pagi jugak. Kira okaylah, sebab tengahari nak checkout kan.
Oh, kami sewa terus dengan hotel Halleva Sunshine je. Senang sebab tak perlu tinggalkan passport. Masa check-in mereka dah fotostat passport, so tak perlu lagi letak sebagai deposit.
Tanya reception, perlu lesen ke? Dia tanya nak pergi mana? Setakat Ao Nang takde pape. Policeman is more interested in your money hehehe.
Ini mat rempit di Krabi. Dah lama tak naik motor berdua. Di sini, penduduk tempatan sangat sopan santun naik motor. Takdelah ngeri sangat bila berselisih dengan bas atau lori ataupun kereta.
Reception ingatkan, motor ni takde minyak. So kena isi sendiri. Setakat nak ke petrol station, adalah. Keluar dari Haleeva, kena hala ke masjid. Dalam 50 meter lepas masjid, stesen minyak tu belah kiri. Jangan dok ingat stesen minyak tu gempak macam kat Malaysia tau. Simple giler stesen dia.
Kami isi 50Baht. Banyak giler tu. So tips, isi dalam 30 Baht dah cukup dah.
Cerita kelakar kat sini adalah motor ni, bila kami naik berdua, kena area naik bukit, jadi berat! Bunyi je kuat, tapi pergi macam semut. Sampai kena hon dengan minah motor pink sebab lembab sangat. Hahaha memang gelak je lah kami atas motor. Tapi cuma hala ke masjid je dia naik bukit, hala ke Ao Nang macam turun bukit sikit je.
Kami jalan-jalan area Ao Nang sampai lah ke Noppharatarat Beach. Saje je round sampai situ.
Masa naik motor ni baru jelas. Baru faham bila bloggers tulis area Ao Nang. Area Mc D. Baru nampak kedai makan yang bloggers pernah pergi. Baru nampak massage centre yang berlambak bloggers review.
Lepas tu lepak kejap kat pantai. Saje nak ambil angin nak berbual. Tapi kena cakap kuat-kuat sebab angin laut kuat giler. Tudung pun macam nak tercabut aje. Tak lama la kat sini, setengah jam je sebab perut dah lapar.
Tengok gambar bawah ni. Tudung senget benget sebab angin kuat.

Misi kedua, dijalankan selepas balik dari pantai. Kami ke Yaminlah Pancake. Kenapa kami ke pantai dulu baru ke Yaminlah Pancake?
Sebab makcik Yaminlah tu bukak gerai jam 12 tengahari! Itu yang kami beli sotong goreng dan mango smoothies dan bawak ke pantai.
Kena beli dan rasa sotong goreng ni. Sebelah pancake rasanya. Sotong dia sangat fresh dan tak liat. Bayangkan saiz dia lebih besar dari Ipad 2. Cuma 40Baht. Udang goreng pun kami beli, yang dalam cawan tu. Yang tu 50Baht. Tapi yang ni tak payah beli. Tak sedap langsung. Sotong je sedap.
Kami terus order pancake. Order lagi mango smoothies. Pancake makan terus kat sana. Pancake kami order Pancake Banana Nutella dan Pancake Chocolate dengan harga 75Baht.
Sambil tu borak dengan Malaysian yang dah nak balik dah. Mereka berempat.
Pergh.. pancake Yaminlah ni memang sedap. Lagi sedap dari kat pasar malam. Cuma kena tahan sikitlah bising Makcik Yaminlah tu.
Sambil tu borak dengan Malaysian yang dah nak balik dah. Mereka berempat.
Pergh.. pancake Yaminlah ni memang sedap. Lagi sedap dari kat pasar malam. Cuma kena tahan sikitlah bising Makcik Yaminlah tu.
Lepas dah makan pancake, kami makan nasi dengan lauk-pauk. Hujung sekali. Lunch ni kami bayar 240Baht. 2 pinggan nasi, tomyam seafood dengan kailan goreng.
Lepas tu, beli lagi sotong goreng dan segala balls tu nak makan kat bilik. Sambil jalan minum mango smoothie lagi. Harga 40Baht je.
Lepas tu, beli lagi sotong goreng dan segala balls tu nak makan kat bilik. Sambil jalan minum mango smoothie lagi. Harga 40Baht je.
Misi ketiga, cari Pakej Elephant Ride. Tapi takleh decide. Nak pergi petang, mata dah mengantuk. Nak pergi esok, takut terkejar-kejar. Last-last tak pergi terus. Hahaha.
Duit aktiviti kami bawak ke massage. So decide malam kita massage. Nak try tempat lain pulak.
Balik bilik, bestnya dapat aircond. Makan dan tidur. Letih naik motor. Letih mengunyah. Hahaha.
Duit aktiviti kami bawak ke massage. So decide malam kita massage. Nak try tempat lain pulak.
Balik bilik, bestnya dapat aircond. Makan dan tidur. Letih naik motor. Letih mengunyah. Hahaha.