
HOMEMADE SIEW PAU RESEPI ASLI MOHD CHAN ************************
Malam ini saya diet. Kahkahkah *baca: menangis*
Saya tertarik dengan menu baru Mohd Chan ini. Siew Pau.
Saya agak macam pau ayam yang digoreng. Rupanya salah!
Ianya adalah Roti Berinti yang dipanggang. Atau Roasted Bun.
Cumanya resepi asal, roti ini menggunakan minced pork.
Maka, orang muslim telah menukar intinya kepada ayam.
Kulitnya rangup, macam keras bila nak potong.
Tapi taklah keras bila mengunyah.
Intinya sedikit manis, mungkin sebab asa bawang dan kicap pekat berkaramel. Ada rasa rempah sedikit, tapi taklah terlalu kuat rasanya. Macam rasa pau BBQ sikit.
Saiznya sederhana sahaja, macam besar bola tenis.
Cukuplah untuk alas perut minum petang atau kalau diet minum dengan Milo Dinosour hehe.
Tetap rasa kenyang.
Saya suka makan di Mohd Chan. Masakannya kena dengan selera saya. Sejak Mohd Chan dibuka di Dataran Glomac, kami sekeluarga memang suka menjamu selera di sini.
Alamat Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah:
B-G-06 Jalan SS 6/20
Dataran Glomac
Kelana Jaya