Masa tengah mencari movies yang nak saya tengok, sekali terbaca sinopsis tentang movie ini. Apa yang menarik minat saya nak tengok adalah sebab “pencuri-pencuri” yang digunakan oleh Derren Brown ni. Memang mereka semua ni orang yang tak disangka-sangka dan mereka ni semuanya first timer dalam merompak lukisan yang berharga 100,000 pound! Ini yang menarik minat saya untuk menonton Derren Brown : The Great Robbery.
Derren Brown ni seorang English illusionist and mentalist. Illusionist ni macam Ahli Silap Mata. Saya start tertarik dengan kisah-kisah illusionist dan mentalist ni bila saya menonton Now You See Me 1, Now You See Me 2, The Mentalist Season 1 – 7, Sherlock Holmes Season 1 – 4. Ini antaranya lah.
Movie ni berkisar tentang kisah beliau merekrut 4 orang tua yang dah pencen dan train mereka berempat ni menjadi pencuri. Haaaaaaaa pelik sikit kan sebab biasanya yang pencuri ni biasanya orang muda-muda. Tapi Derren Brown ni pergi ambik orang-orang tua yang dah pencen untuk mencuri sebuah lukisan yang dimiliki oleh Ivan Massow pada masa lukisan itu sedang dipamerkan di galeri seni.
Dan yang bestnya, Derren Brown ni pergi bagitau kat owner lukisan tu yang dia akan curi lukisan tersebut pada jam 3.00pm dan dah sesiap bagi gambar pencuri tu kat Ivan Massow tu. Siap bertaruh (betting) lagi dengan nilai 1 pound. Hahaha.
Actually, Ivan Massow ni orang kaya yang selalu menyokong industri seni ni. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Institut Seni Kontemporari yang berpusat di London. So kiranya macam sesuai laaa target Derren Brown ni.
Ish macam tak boleh brain la dia ni. Dahlah nak mencuri, pastu gi bagitau owner nak mencuri, dan bagi gambar si pencuri pulak. Dan dicuri semasa pameran sedang berlangsung, bukannya masa tengah malam atau masa galeri ditutup.
Gambar atas ni bila Pauline dan Rachel berjaya mencuri buat kali pertama dan memenangi cabaran berkumpulan pertama.
Ini trailer yang membuatkan saya tertarik hehehe.
Ini pulak kat Netflix.
Kenapa Derren Brown ambil atuk-atuk nenek-nenek ni sebagai pelakon utama dalam cerita ini?
Derren Brown cakap beliau nak ingatkan kita yang muda-muda ni yang Orang Tua ni ada banyakkkk cerita yang lebih menarik dari kisah kita yang muda ni. Kata beliau, ” My aim in this show is to REMIND us that older people has far richer stories to tell than the rest of us. And we don’t stop BEING INTERESTING just because we turned 65.”
Dulu-dulu saya sangat suka bila Tok Mak dengan Atok Bak ni bercerita sebab mereka buat cerita tu interesting.
Bayangkanlah bagaimana saya boleh tertarik dengan cerita Oshin hanya sebab Tok Mak cerita kegigihan seorang budak perempuan yang sangat susah dan boleh survived pulak tu.
So macam boleh relate bila Derren Brown bercakap pasal harapan beliau terhadap movie ini.
Siapa yang langgan Netflix tu boleh la tengok movie ni sebab banyak sedarkan kita yang anything can happened in a blink of an eye dan unexpected people doing so many things yang kita tak expect.