Duduk Berdekatan Tetapi Hanya Berjumpa Kembali Setelah 50 Tahun TERPISAH!
Lama betul tak menulis. Saya ada pengembaraan terbaru bulan depan, jadi bulan ni memang busy.
Okay, ini adalah pertemuan yang menggembirakan sebabnya setelah 50 tahun terpisah, baru jumpa balik. Yang kelakarnya, 3 – 4 orang duduk dekat-dekat je.
Seorang duduk di SS4. Kiranya, seberang jalan besar je dari rumah.
Seorang lagi di Taman Megah, tempat kami selalu pergi beli barangan kek. Ni kira bawah la, macam kampung sebelah.
Seorang lagi kat Subang Jaya. Tempat mak saya kerja dulu sekejap lepas pencen.
Bila berjumpa semula, punyalah riuh bercerita sampai makan pun tak lalu!
Oh, ini bukan perjumpaan dengan kawan-kawan saya. Ini Reunion kawan sekolah MAK saya. Dulu, mak saya belajar kat Convent Kluang, MCE kat sana. Atok Bak seorang Polis, jadi banyak berpindah randah naik pangkat.
Habis sahaja MCE, mak pindah Batu Pahat kot. So, terputuslah hubungan dengan rakan sekolah.
Tapi, kawan-kawan mak ramai lagi di Kluang and they got mak’s number through our cousin. Sebab husband kawan mak tu jiran ayah. But masa tu, mak ayah tak berkenalan lagi.
So, terjadilah mini reunion sebelum reunion besar-besaran pada 24 September 2016 di Kluang. Ini khas untuk Klang Valley sahaja. Mereka semua tak sabar nak jumpa, tu yang jadi mini reunion tu.
11 Syawal (17 Julai), mereka berjumpa di Crystal Crown, Petaling Jaya. Mak ajak saya sekali, so okaylah sebab lepas tu nak ke open house pulak.
This was what happened bila dah lama tak jumpa.
Kami dah start makan pun, mereka masih berbual lagi. Saya siap round tengok makanan sambil ambil gambar, datang ke meja semula pun tak bergerak lagi. Iyalah, 50 tahun tu.
Ini antara menu Hi-Tea Crystal Crown Hotel.
Ini baru dessert. Ada lagi saya tak ambil iaitu Ice-Cream, ABC, Cendol.
Saya tak larat nak angkat tudung periuk tu sebab beratttt okay. Tapi sebab nak senang ingat apa yang dihidang, saya ambil gambar menu sahaja hehehe. Ada lagi yang saya tak ambil macam Naan, Nasi Putih, Sup, Roti, Salad-Salad.
Ini semua yang hadir. Dari jam 12 tengahari sehingga jam 3.00 petang. Itupun mak balik awal sebab nak ke open house pulak.
Dan….masa kat open house tu, baru mak rasa lapar. Hahaha.
It was good to see that the friendship and friendly people was still the same. Hanya 4 orang anak sahaja yang teman mak-mak ni berjumpa and surprisingly, we had a great time. Tak boleh bayang bila jumpa almost semua rakan sekelas bulan September nanti. Tapi yang tu, adik saya yang bawa mak dan ayah ke Kluang.