HARI KEDUA MINUM AIR 3 LITER

Teks : Saudah Salleh




HARI KEDUA MINUM AIR 3 LITER
——————————————-


Semalam, hihi tak capai 3 liter!


Hanya 2.75 liter sahaja.


Apa yang saya perhatikan, saya abaikan JADUAL saya tu.


Tak ikut sesi 1.


Bila sesi 1 dah terbabas, sesi 2 dan sesi 3 memang dah susah nak ikut.


Itu yang tak dapat capai matlamat.


Yang kedua, semalam saya banyak mengudap.


Atau ‘snacking’ kata orang jawa. Hihi.


Kemudian, saya makan nasi waktu tengahari dan untuk dinner saya makan mee hoon. Kenyang jugaklah.


Jadi saya perlu ubah sedikit hari ini.


1. Ikut Jadual


2. Minum banyak air sebelum makan.


3. Habiskan 3 liter air walaupun malam telah tiba.


#semogabermanfaat
FB:Rahim Auto