Filem Terbaru Mawi Tiada Tajuk
Filem Terbaru Mawi Tiada Tajuk
Menariknya, ini adalah Majlis Pelancaran yang simple dan mesra peminat. Majlis yang dibuat di Perkarangan Kompleks Membeli Belah SOGO, Kuala Lumpur ini memang untuk peminat beliau. Tidak terlalu berprotokol dan lebih kepada santai.
Rileks je Mawi yang mengendalikan majlis bersama dengan Anas Tahir, penyampai radio Zayan.
Tengok ni, masih lagi berteka teki.
Menurut Asmawi Ani, Juara Akademi Fantasia Musim ke 3 ini, semasa pendaftaran di FINAS, mereka meletakkan tajuk filem sebagai “Rock Sangkut”.
Namun begitu, semenjak dari awal lagi, Mawi memang berhasrat meletak tajuk filem sebagai Tiada Tajuk.
Menarik kan? Filem Mawi Tiada Tajuk. Walhal memang itu tajuk dia iaitu Tiada Tajuk. Hahaha seriously masa Mawi bukak dan pamerkan tajuk filem tu, saya agak terkejut sebab tajuk tu je dah catchy.
Bila tengok trailer filem, memang kelakar tapi ada pengajarannya.
Ini trailer rasmi Tiada Tajuk.
Apa yang menarik untuk Filem Tiada Tajuk ni, Mawi ingin memberi semula kepada para peminat beliau yang telah banyak menyokong kerjaya beliau melalui peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan mewah.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah Kereta Perodua Bezza, Motosikal Yamaha Y15, Pakej Pelancongan ke Umrah dan Australia yang mana ini semua adalah dari syarikat milik Mawi iaitu Mawi World Entertainment dan bukannya tajaan dari mana-mana pihak.
Peraduan Tiada Tajuk ini adalah supaya peminat dan penonton filem ini memberi tajuk dan tagline paling menarik yang bersesuaian dengan jalan cerita dan mencuit hati para juri.
Cara-cara untuk menyertai peraduan ini adalah:
1. Muat turun applikasi Mawi World di telefon
2. Isikan maklumat yang diperlukan
3. Tonton Filem “Tiada Tajuk” Filem Pertama Mawi di pawagam pada minggu pertama dan berikan tajuk filem ini
4. Pemenang akan dipilih oleh juri professional.
Selamat menonton!