Filem WANGI Lakonan Erra Fazira dan Sharnaaz Ahmad
Filem WANGI Lakonan Erra Fazira dan Sharnaaz Ahmad
Semalam berlangsungnya Gala Premiere bagi Filem Wangi lakonan Erra Fazira dan Sharnaaz Ahmad di MM2 Cineplexes E-Curve Damasara. Rasa macam dah lama betul Erra Fazira tak berlakon padahal tahun lepas ada je Erra berlakon dalam filem Polis EVO 2 dan Hantu Kak Limah 3.
Filem Wangi ni lebih menjurus kepada genre psiko thriller dan jenayah seram, pilihan ramai penonton tapi bukanlah saya. Saya ni memang penakut dan tak suka sangat dengan cerita hantu-hantu ni, tapi jangan risau, Filem Wangi ni bukanlah cerita hantu. More kepada thriller la.
Cerita ni menunjukkan bahawa apa yang kita tengok tu tak semestinya true story untuk mereka. Nampak je Nor (Erra Fazira) dan Khuzairi (Sharnaaz) tu macam happy family, tapi hakikatnya ada tersimpan dan tersembunyi rahsia hitam di kalangan mereka.
Scary okay kalau macam ni. Yelah tetiba ada cerita yang tak best kita discover tentang pasangan dan keluarga kita kan.
Okay okay jom kita baca sinopsis Filem Wangi ni. Lambat benor Ahkak ni nak bercerita hehehe.
WANGI ni tentang Nor yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan anak kedua. Anak sulung mereka merupakan anak istimewa berumur 7 tahun. Masa dalam tempoh berpantang ni, Mak Nor yang jaga beliau.
Tapi masa pantang tu, Nor perasan yang Bella (Nabila Huda) takde. Bella ni adik angkat Nor masa kat UK tu, sekarang Bella jadi pembantu rumah Nor. Tapi Khuzairi memberitahu bahawa Bella dah berhenti kerja dan Bella balik dah ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan boyfriend dia, Azlan (Syazwan Zulkifli).
Tapi Nor pelik sebab Bella tak pernah cerita apa-apa pasal boyfriend dia ke atau pasal kahwin. Haaaaa lepas tu mulalah kejadian-kejadian pelik pada Nor dan famili dia. Terkejut-kejut Ahkak tengok filem ni. Berdebar-debar rasa macam nak balik je tapi nak tengok ending dia hahahaha.
Tapi (berapa banyak tapi daaaa) ending filem Wangi ni memang best laaaa. Ahkak takleh review kat sini, so please tengok kat wayang starting 5 September nanti eh. Support Filem Malaysia tau!
Filem Wangi ni diterbitkan oleh Shuhada Mohd atau Adda dari Resilience Studio Sdn Bhd dan beliau berkata mereka sangat teruja menerbitkan filem Wangi ni sebab dia begitu menggemari plot-plot seram dan misteri dalam sesebuah cerita.
Paling best, lokasi penggambaran filem ni selain dari Kuala Lumpur, mereka ada jugak scene-scene dekat Manchester dan Liverpool.
Last ni, Ahkak tinggalkan uols dengan Official Trailer Filem Wangi ni ya. Lepastu minggu depan kita tengok kat pawagam ramai-ramai. Ahkak pun nak beli tiket jugak sebab Abam korang nak tengok Erra Fazira sekali lagi hahaha. Eleh, Ahkak ada Sharnaaz laaaaaaa #takheran.
Semoga bermanfaat!