Happy Father’s Day Ayah – 6 tahun selepas kritikal
Saya masih ingat, 6 tahun lepas, masa ayah collapse di Sime Darby Medical Centre. Masa tu, ayah demam panas. Dah pergi PPUM tapi PPUM hanya beri Paracetamol dan tunggu 3 hari sebab takut denggi. Tapi lamanya menunggu, jadi kami adik-beradik bawak ayah ke SDMC untuk follow-up. Kesian ayah nak tunggu lama di PPUM. Hanya sebab itu sahaja kami bawak ke SDMC.
Masa ayah dipanggil masuk oleh Nurse untuk diambil tekanan darah, 2 kali gunakan mesin auto tapi displaynya tekanan darah Ayah sangat rendah. Nurse andaikan, mesin tak betul, so gunakan pulak mesin manual, tapi masih rendah. So Nurse keluar nak cari Medical Officer.
Tiba-tiba Ayah menggelongsor ke bawah dari kedudukan duduk di kerusi. Terperanjat saya masa tu, terus jerit “Nurse, Ayah saya pengsan!”.
Berlari-lari Nurse dan MO masuk bilik, attendant masuk dengan stretcher, terus bawak ke Emergency. Masuk bilik Trauma sebab bilik tu paling besar. Bila pintu terbukak je, saya terus masuk pergi kat ayah. Tengok skrin tekanan darah Ayah sangat rendah, 38/18 gitu.
Menggigil-gigil saya kat situ, menangis memang tak boleh tahan dah. Saya asyik sebut “Ayah. Ayah okay?” Ayah jawab “Ayah okay.” Lepas tu saya kena halau sebab doktor nak check.
Masa tu saya sangat takut. Takut kehilangan Ayah. Sangat tak bersedia, walaupun tahu kematian tu untuk semua. Masa ni, kalau orang tengok saya, macam orang gila kot. Menangis, sambil berdiri kat pintu masuk bilik Kecemasan tu.
Lepas tu, saya dah stress. I can’t handle this alone. So, saya terus call suami, suruh dia datang ke hospital. Tak boleh nak explain banyak, tapi bila dia dengar saya menangis, terus tinggalkan bengkel dan datang ke hospital. Sambil adik-beradik arrange siapa ambil mak di rumah etc. Saya dah tak boleh fikir apa dah, blank terus. Sedangkan I am a planner.
Dahlah 2 weeks before, mak pun warded di SDMC sebab hypertention. But masa mak tu, I okay. She called me at 12 midnight, cakap kepala dia sakit, berpusing-pusing tak boleh bukak mata. Mintak hantar ke hospital. Bila tiba PJ, adik saya ada tapi kenapa tak hantar mak terus? Adik kata mak tunggu akak. Saya masih boleh bertenang masa ni, maybe sebab mak boleh jalan walaupun kena papah.
Saya baru terfikir yang selama ni saya take things for granted, especially towards my parents. Like assuming yang mereka ini masih kuat macam masa kita masih kecil. Masih bertenaga untuk buat macam-macam masa dulu-dulu. Banyaklah terfikir masa ni. Dan musibah ni menyedarkan saya bahawa saya bukanlah anak yang baik.
But, saya bersyukur sebab Allah Maha Penyayang. DIA berikan kami tambahan masa untuk berbakti pada mak dan ayah serta mak dan bapak di kampung. Barulah saya rasa okay cium peluk ayah setiap kali nak balik rumah.
Saya sanggup ambil cuti tanpa gaji supaya saya dapat temankan ayah dan mak ke hospital. Ambil masa bawak ayah ke PKNS kalau ayah nak pergi beli buku agama di SABA Media. Saya okay je, bila mak ayah cakap nak makan itu ini, nak ke sana ke sini, saya adjust jadual supaya dapat penuhi permintaan mereka.
Happy Father’s Day Ayah.