4 hari lagi, 2022 akan melabuhkan tirai. And we will say goodbye to 2022. Kalau orang bertanya, how was your 2022, apa agaknya saya akan jawab ya?

2022 – the year that nearly broke me.

Itulah jawapan saya. I was broken inside. Luaran nampak macam okay, tapi dalaman saya serasa macam dalam perang.

Minda kata you can do this. You can overcome this. Trust the process.

Tapi hati kata betul ke I can? Betul ke? Kalau tak boleh macam mana? I can’t do this anymore. I want TO GIVE UP!

Then minda akan cakap, no you are not a quitter! Capricorns rise to the challenge. This is not you. You are a fighter.

No I can’t. I can’t do this anymore, kata hati. Sighhhhhhh.

Tapi you nampak okay je. Yeah I can function well. Makan banyak lagi hahaha.

Bermula dari Disember 2021, 17 haribulan kami dapat tahu tentang kanser Mak.

Datang 18 haribulan, siapa sangka hujan berterusan dari pagi membawa kepada banjir.

Stress. Stress. Stress. Takut. What ifs datang bersama tahun baru. Pembedahan Mak in January.

My operation pulak in Februari. Recovery process. Stress. Business wise, tak buat apa-apa. Biar je run without my involvement. Stress lagi bila sales Ramadan adalah yang paling rendah sepanjang berbisnes.

Disember 2022 datang dengan memori buruk dan trauma. Tapi bila baca posting tentang banjir, rasa syukur sebab dalam mengimbas kembali detik-detik itu melalui penulisan saya.

Saya dah lama tak berkongsi di ruangan ni, buatkan saya rindu nak menulis semula. Jadi, this is my post untuk re-introduce myself kepada sahabat lama & baru. Bismillah. Hi saya Saudah. Seorang usahawan dalam bidang automotif yang mengusahakan Colleen’s Auto – Bengkel Kereta untuk Wanita. Seorang caretaker untuk famili, terutamanya Mak – seorang cancer survivor. Yang membawa saya ke alam Thermomix sebagai pengguna dan advisor.

Niat saya adalah untuk membina satu komuniti pemandu wanita. Saya juga menulis tentang pahit manis sebagai primary caretaker cancer patient and survivor. Dan bagaimana Thermomix membantu saya healing. Insyaallah.