
Idea Bilik Tidur Sempit dari Izzahrra PeDAS
Bilik tidur adalah satu tempat sanctuary atau tempat perlindungan buat saya. Kalau saya masuk bilik tu, maknanya saya ingin menyendiri. Jadi, walaupun bilik di rumah saya kecil kerana rumah saya bersaiz 850 kaki persegi, namun saya tetap menghiasnya dengan indah supaya saya dapat berehat dengan aman dan sentosa di dalamnya. Saya kongsikan Idea Bilik Tidur Sempit dari Izzahrra PeDAS dan bagaimana saya survive dalam bilik tidur yang kecil ini.

Tips menghias ruang tamu ada di sini.
Saya banyak mencari idea menghias bilik tidur yang sempit di laman web IKEA. Kalaulah bajet mengizinkan memang borong semua barangan berdasarkan gaya hiasan yang saya suka. Tapi sebab poket tak berapa nak mengizinkan, maka saya cuma buat ikut yang sekadar yang saya mampu.
Perkara utama yang perlu kita buat, selain memilih katil yang bersesuaian dengan saiz bilik adalah dengan menggunakan dinding bilik sepenuh yang mungkin. Kalau orang putih cakap, “Go vertical“. Maksudnya menegak atau ke atas.
Macam bilik saya, selalunya sebelah katil kita letak bedside table atau meja sisi kan? Sebab bilik sempit, saya letak chest of drawers IKEA model MALM. Ini adalah almari berlaci 4 yang mana saya gunakan sebagai meja sisi untuk letak cermin mata, buku yang selalu saya baca sebelum tidur, botol air, handphone, dan barang lain supaya mudah dicapai. Pada masa yang sama, almari berlaci ni memang sesuai untuk menyimpan baju-bajan kita. So, 2-in-1 dah perabot tu, dan saya letak di sebelah kiri dan kanan katil kami.

Baca tentang kedai perabot online Izzahrra di sini.
Selain perabot dwi-guna, warna cat yang dipilih juga dapat membantu membuatkan bilik tidur yang sempit nampak seolah-olah luas. Caranya adalah dengan memilih warna cat dinding yang putih. Palet warna serba putih menghasilkan suasana yang terasa segar dan terang yang membantu membuatkan ruang kecil terasa lebih besar. Campurkan krim lembut dan putih pada aksesori untuk menambah kehangatan dan cozy.
Dinding pula janganlah dibiarkan kosong begitu sahaja. Gunakan setiap inci yang ada untuk meletakkan barang tetapi tidak membuatkan ianya sempit kerana tidak memakan ruang lantai. Boleh letakkan rak-rak supaya ianya boleh digunakan sebagai ruangan storan. Boleh letakkan buku-buku, barang hiasan, baju yang digantung di hanger dan lain-lain.
