
Jahit Pukal Pakaian Semenyih Fatma Sofia PeDAS
Apa itu jahit pukal? Jahit pukal adalah pesanan menjahit pakaian dalam jumlah yang besar. Berapa besar pesanan pakaian untuk dikira sebagai pukal? Ianya terpulang kepada setiap tailoring house. Ada tailoring house yang terima tempahan pukal bermula dari 10 helai sahaja. Ada juga yang mahukan pesanan minima 100 helai. Dan saya tahu ada kilang-kilang jahit pukal yang hanya menerima tempahan 1,000 helai ke atas. Tetapi kilang jahit pukal pakaian Semenyih PeDAS boleh menerima tempahan yang minima sahaja.
Selain dari jumlah pesanan, kriteria kedua yang memainkan peranan penting dalam jahitan pukal adalah berkaitan harga. Biasanya harga untuk jahitan pukal adalah berbeza dari tempahan biasa. Oleh kerana bilangan yang ditempah perlulah banyak, harga yang dikenakan adalah kurang 30% – 50% dari harga sehelai baju. So, kalau pesan banyak, harga yang dapat jimat pun banyak!

Apakah perbezaan di antara Jahitan Pukal dengan Belian Borong?
Satu pesanan dari Puan Siti Fatma Sofia binti Mohamed Sudin, pengasas kepada jenama Fatma Sofia, adalah jangan samakan kualiti tempahan pukal dengan kualiti pakaian borong. Antara perbezaan ketara adalah adalah dari segi corak. Oleh kerana pembelian borong adalah dari luar negara, kemungkinan besar corak yang dibeli akan sama dengan orang lain. Kualiti jahitan juga akan berbeza berdasarkan kepada negara borong asal.
Bagi tempahan pukal, kita akan membuat tempahan menggunakan kain ela yang kita sendiri pilih. Kemudian mereka akan menjahit kain berdasarkan design yang kita mahukan. Inilah kelebihan besar yang kita dapat apabila kita menempah secara pukal dan bukannya membeli secara borong.
Apakah jenis pakaian yang boleh ditempah?
Sebelum ini, saya ingat tempahan jahitan pukal ni hanya terhad kepada pakaian kebangsaan wanita Malaysia iaitu baju kurung, baju kebaya dan baju moden. Manakala untuk lelaki pula hanyalah terhad kepada baju melayu dan kemeja sahaja.
Rupa-rupanya saya salah sebab ada banyak jenis pakaian yang boleh kita tempah terus sebagai jahitan pukal. Antaranya adalah T-shirt sukan, baju-baju muslimah, baju korporat, seluar sukan atau tracksuit, jubah graduasi, cadar, selimut, name tag.
Selain itu, baju-baju yang boleh ditempah pukal adalah jubah fesyen, blouse, kurta, tudung dan juga skirt labuh.
Baca tentang butik muslimah Fatma Sofia di sini.
Pakaian muslimah patuh syariah ada artikel di sini.
Jahit Pukal Pakaian Semenyih PeDAS boleh didapati menerusi :
Semoga bermanfaat!