Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Entri 12 


RESEPI RINGKAS 10 MINIT : KACANG BUNCIS GORENG BERTELUR 
*********************************************


Ini salah satu menu kegemaran. 


Tatkala masa menghambat diri tetapi mahu makan sayur. 


Masa yang sedikit untuk persiapan, hanya 5 minit. 


Waktu memasak hanya 5 minit. 


Sedap dimakan begitu sahaja. Hihi. 


Panas-panas dengan nasi sepinggan. Tak jadi dietlah. Kita mula hari Isnin depan. 


Resepi hanya guna tiga bahan utama. 
Senang aje. 


Bahan-bahan: 


1 genggam kacang buncis 
1 biji bawang merah 
1 biji telur 


Cara memasak: 


1. Tumis bawang yang dihiris halus. 


2. Masukkan jacang buncis yang dipotong serong. 


3. Masukkan garam dan kacau. 


4. Tuangkan telur yang dipukul sebentar. Biarkan seketika. Gaulkan bila telur masak. 


Senang kan? 


#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto