PANTAI KOK LANGKAWI




#cabaranblogging Entri 13 


PANTAI KOK LANGKAWI 
+++++++++++++++++++++ 


Pagi ini selepas sarapan, kami dibawa ke Petronas Quay. 


Jauhnya dalam 20 minit dari Pekan Kuah. 


Cantiknya Langkawi, seindah puterinya Mahsuri. 


Pagi-pagi di Petronas Quay, nyaman udara dinikmati. 


Sambil tangan mengambil gambar. 
Sambil hati memuji kekuasaan Ilahi. 


Kemudian, diteruskan ke Pantai Kok. 


Masya Allah indah tidak terperi kecantikan pantai. 
Diiringi dan dikelilingi dengan kapal-kapal mewah. 


Di sini, kami belajar tentang bahasa badan. 
Tentang suara. 
Tentang nafas dari perut. 
Huh diucap berkali-kali. 
Sampai hampir kejang perut tak pernah buat. 


Saya suka kerana kerapkali saya bercakap seperti di angin lalu. 
Tidak jelas dan halus suaranya. 
Mana mungkin akan didengari oleh audiens. 


Kita sebagai usahawan, perlu beli ilmu yang kita tiada. 
Saya tiada ilmu ini. 
Maka saya bayar harga ilmu agar saya kuasai ilmu itu. 
Insya Allah. 


#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto