Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 15


MAHU TURUN MASALAH TIMBUL
**********************************


Wisel telah berbunyi.


Saya mahu turun.


Kata abang ‘beach boy’ patah tangan, tarik tali beriben rapat ke dada.


Guna tangan kiri, pegang tali beriben merah kuning.


Ok, tarik.




Eh eh.
Tak boleh.




Ok cuba lagi.




Tarik!




Alamak, tak boleh.


Wisel dah bunyi.


Tarik lagi sekuat hati.
Guna kedua-dua tangan.


Tarik lagi rapat ke dada.


Berjaya!


Kemudian, saya perhatikan pula tangan abang ‘beach boy’.


Dia mendepangkan tangannya.


Itu tanda kita perlu depangkan tangan.


Bersedia untuk turun.


Teringat arahan, perlu pegang tali yang tebal.


Kaki digerakkan seperti berlari.


Minda dipusatkan untuk berlari.


Terasa sedang mendarat perlahan-lahan.


Semakin jelas butir pasir pantai.


Semakin jelas muka abang ‘beach boy’.


Terasa semakin dekat untuk mendarat.


Dekat.
Dekat.


Dan, terus terasa pasir pantai mencecah kaki.


Dan kaki terus berlari anak.


Dan terhenti.


Payung pun kuncup. Peralatan ditanggalkan.


Namun, perasaan terbang bersama helang mengalir melalui salur darah ke seluruh badan dan terenap di dasarnya.


Kekal bersama di hati. Tersemadi di jiwa. Terpahat di minda.


#semogabermanfaat #publicspeakingmastery #pulaulangkawi #langkawi


FB:Rahim Auto