
“People often say that motivation doesn’t last. Well, neither does bathing – that’s why we recommend it DAILY.” ~Zig Zigler.
Orang selalu kata, motivasi cepat basi.
Tak tahan lama, perlu sentiasa diisi. Tapi, kita kan mandi setiap hari. Jadi motivasi juga sebegini.
Perlu SETIAP HARI.
Kita perlu konsisten dalam apa jua yang kita lakukan. Bahasa Arabnya ISTIQAMAH, Inggerisnya KONSISTEN atau MOMENTUM.
Motivasi inilah otot atau kekuatan kita untuk buat perkara itu setiap hari, walaupun ada hari yang kita rasa tak nak bangun dari katil.
Saya kongsikan 5K dalam mengekalkan motivasi ini setiap hari.
1. KEJELASAN
2. KETEPATAN
3. KETERUJAAN
4. KOMITMEN
5. KONSISTEN.
Lihat, konsisten itu ada dalam senarai. Dan ianya yang terakhir.
Kerana MEMULAKAN sesuatu itu MUDAH,
untuk MENGEKALKANNYA perlukan ilmu untuk terus meredah.