June 06, 2015 at 09:28AM
ROMBONGAN PENGANTIN ********************** Pagi ini kami mengiringi pengantin ke Pagoh. Anak sulung kakak yang sulung. Beza umur tak jauh dari kami Pak Usu Mak Usunya. Tanda kami yang termuda haha. Janji berkumpul jam 9.00pagi. Kami semua semangat 8.30pagi dah siap tunggu kat luar sambil menyembang. Aku ngak ngerti ngomong jowo. Tapi dengar jugak buat-buat faham. Tapi sampai sekarang belum tiba. “Janji Melayu” kata kakak yang seorang. Untuk usahawan, “On Time” bagi mereka adalah LAMBAT. Setiap minit adalah emas. Terbuang tiada ganti. Masa tidak berhenti. Kita meati mendahului masa. Dulu sentap bila tuan guru kata mahu semalam perkara yang mereka minta hari ini. Rupanya itu kod mereka untuk A.S.A.P. Hihi. Okay, mahu ke majlis nikah dan bersanding anak saudara sulung ini. Pertama kali cucu menikah buat keluarga mertua. P/s: Baju ini dari Butik @orchid_scarf milik sahabat hati CikPuan Wan Marlieyana. Buat Mak Usu ini rasa bahagia terkurus sedikit. Hihi. FB:Rahim Auto