June 19, 2015 at 12:46AM
Tukar tayar malam hari ******************* Petang tadi tayar Datin @ruzitajaafar pancit. Tersadai di tepi jalan waktu hampir berbuka. Lepas terawikh, ramai-ramai pergi tolong tuksrkan tayar. Proses menukar tayar akan menjadi cepat dan mudah jika tahu tekniknya. Tukar tayar simpanan (spare tyre) tetapi perlu cepat baiki atau tukar tayar baru. Sebab spare tyre tu bukan untuk dipakai lama. Perlu ingat bahawa kelajuan maksimum tayar simpanan hanyalah 80km/j. Tak boleh bawa melebihi had sebab ia membahayakan pemandu dan penumpang kereta. Tetuan @rahimauto boleh membantu situasi kecemasan seperti ini. FB:Rahim Auto