Pagoh merupakan salah satu daerah di negeri Johor, dan sekarang ini, wakil rakyat Parlimen Pagoh iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Perdana Menteri ke-8 Malaysia yang baru sahaja dilantik pada 29 Februari 2020. Pagoh juga merupakan antara pengeluar durian di kawasan Johor. Di kawasan Pagoh ini, terdapat satu kedai cendol durian Pagoh Ajidyan Cendol PeDAS yang terkenal dengan kesedapan cendolnya iaitu Ajidyan yang terletak di Kampung Sari Baru, Pagoh. Untuk info, PeDAS atau Program Perkhidmatan E-Dagang Setempat merupakan satu program di bawah anjuran MDEC.

kedai cendol durian pagoh

Cendol adalah kegemaran rakyat Malaysia. Biasanya dinikmati pada waktu tengahari ataupun sebagai minum petang, namun sekarang ini ianya telah dapat dinikmati sepanjang hari pada apa jua waktu dan apa-apa jua majlis keraian.

Asal usul minuman cendol ini tidaklah jelas tetapi dikatakan berasal dari Indonesia pada abad ke-19. Dikatakan cendol atau dawet ada terkandung di dalam manuskrip Kresyanana. Dawet terdiri daripada jeli hijau, santan kelapa dan sirap gula jawa. Cendol biasanya dihidang bersama ais atau air batu, dan perkembangan cendol bermula apabila ais lebih mudah didapati. Di Malaysia, ianya mungkin berasal dari bandar-bandar pelabuhan seperti Melaka dan Pulau Pinang kerana hanya kapal British sahaja yang mempunyai teknologi yang boleh mendingin air dan kemudiannya menghasilkan ais atau air batu.

kedai cendol durian pagoh

Cendol pada dahulu kala adalah minuman “emas” kerana cendol hanya didapati pada masa-masa tertentu sahaja. Namun sekarang ini tidak lagi, lebih-lebih lagi bagi warga Pagoh kerana kedai cendol durian Pagoh yang membawa jenama Ajidyan Cendol beroperasi setiap hari bagi memenuhi permintaan sekitar kawasan Pagoh.

Disebabkan Pagoh mudah diakses dari Lebuhraya Utara-Selatan, Ajidyan Cendol menjadi pilihan para pelancong yang ingin membasahkan tekak dengan kesejukan Ajidyan Cendol.

Baca tentang Ajidyan Cendol Sedap Pagoh di sini.

Apa yang menarik tentang Ajidyan Cendol di Pagoh ini adalah produk cendol mereka boleh bertahan sehingga seminggu! Ia juga merupakan produk keluaran muslim dan 100% homemade keluaran Ajidyan Cendol.

Kalau perasan, jeli-jeli hijau tu yang sebenarnya Cendol, tapi bila digabungkan, ianya tetap dipanggil Cendol. Ada saya terbaca, Cendol ni berasal dari perkataan Jendol atau benjol atau bonggolan yang terhasil apabila adunan tepung beras yang dicampur pati daun pandan, dipicit keluar dari acuan. Disebut banyak-banyak kali oleh pelbagai jenis dialek, lama-lama terwujud perkataan Cendol. Hahaha eloklah Cendol, kalau Jendol memang saya tak gamak nak makan.

Walaupun menjadi impian Ajidyan Cendol adalah untuk memasarkan produk Cendol mereka ke seluruh pasaran antarabangsa, namun rakyat Malaysia tidak dilupakan.

Bagi penggemar Cendol, mereka ingin Ajidyan Cendol ini terkenal di sekitar negeri Johor. Mereka juga menyasarkan agar setiap majlis perkahwinan di Johor akan menghidangkan Ajidyan Cendol supaya majlis perkahwinan itu menjadi sebutan ramai dek kerana cendol!

Mereka juga menyasarkan kepada golongan yang ingin menambah pendapatan dengan cara berniaga Cendol di pasar malam atau pasar tani. Ni Ramadhan dah semakin hampir, cendol sedap memang dicari oleh pelanggan semasa berpuasa ni. 

Baca petua santan cendol tahan lama di sini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mereka di sini.

Website : Ajidyan Cendol
Facebook : Ajidyan Cendol
Instagram : Ajidyan Cendol

Semoga bermanfaat!