Perabot merupakan antara satu perkara yang sangat penting dalam sesebuah rumah. Pemilikan perabot yang bersesuaian dengan saiz rumah dan konsep hiasan dalaman akan membuatkan rumah kita bertambah cantik dan lebih selesa untuk didiami. Namun begitu, membeli perabot secara dalam talian atau online bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya jika tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang produk tersebut. Tetapi, trend membeli perabot secara online semakin meningkat dan semakin menjadi pilihan mereka yang sibuk tetapi mementingkan kualiti. Antara penjual perabot secara online yang boleh dipercayai adalah Kedai Perabot Online Izzahrra PeDAS.

Baca tips dan idea bilik tidur sempit di sini.

Izzahrra Enterprise telah mula berbisnes sejak 4 tahun lepas dan mereka membekalkan semua jenis perabot rumah, pejabat, hotel dan homestay. Apa yang menarik adalah mereka akan menghantar perabot yang dipesan secara percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia!

Selain itu, mereka juga membekalkan perabot yang terbaik dan berkualiti tinggi khas buat pelanggan mereka. Mereka juga menawarkan khidmat pemasangan bagi kemudahan pelanggan mereka.

Kedai Perabot Online Izzahrra

Apakah kelebihan membeli perabot secara online?

Pertama, pembelian secara online lebih mudah dan menjimatkan masa.

Salah satu kelebihan yang paling popular bagi pembelian perabot secara online adalah ianya memudahkan dan menjimatkan masa. Ini kerana kita tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam berjalan dari satu kedai ke kedai lain dan ke kawasan yang lain untuk membuat research dan kemudiannya membuat pesanan dan seterusnya menunggu penghantaran perabot tersebut.

Membeli perabot secara dalam talian dapat menjimatkan banyak masa dan kos-kos seperti petrol, tol dan tempat letak kereta berbanding membuat research secara online dan kemudiannya membayar dalam talian. Kita cuma tunggu sahaja penghantaran perabot sampai di depan pintu rumah atau pejabat kita.

Kedua, mudah membuat perbandingan.

Oleh kerana kita bershopping secara online, kita lebih mudah untuk membuat perbandingan harga. Kita tidak perlu berulang alik ke setiap kedai untuk membuat pilihan. Secara dalam talian, membandingkan perabot boleh dibuat hanya dengan menyelak setiap helaian website sahaja. Mudah bukan?

Ketiga adalah ulasan dan testimoni.

Kelebihan ketiga inilah yang paling penting sekali yang dapat membantu kita membuat keputusan dengan tepat adalah ulasan atau review serta testimoni dari pembeli-pembeli terdahulu. Biasakan membaca review dan testimoni dan sekiranya ada review yang buruk tentang penjual online tersebut, tinggalkan mereka dan pilihlah penjual lain!

Tips menghias ruang tamu ada di sini.

Cara untuk mendapatkan perabot dari Kedai Perabot Online Izzahrra PeDAS :

Shopee – Izzahrra Enterprise

Facebook – Izzahrra Enterprise

Instagram – Izzahrra Enterprise