Kelebihan Minyak Angin Beraroma dari Zana Therapy Oil Usahawan PeDAS

Dari zaman nenek saya, yang saya panggil Tok Mak, memang sentiasa akan ada beberapa jenis minyak. First, minyak rambut. Minyak rambut favourite Tok Mak adalah minyak Zam-Zam. Kemudian akan ada minyak gamat. Ketiga minyak angin. Haaaa ni ada banyak. Ada warna kuning, ada jugak warna merah dan hijau. Kepanasan dan kegunaannya adalah berbeza-beza. Tapi saya tak suka sebab botolnya besar dan berpenutup yang ketat tu yang selalu sebabkan tumpahnya minyak. Tapi sekarang ni saya dah tak risau sebab adanya Zana Therapy Oil. Mari kita baca Kelebihan Minyak Angin Beraroma dari Zana Therapy Oil Usahawan PeDAS.

Kelebihan Minyak Angin Beraroma

Umum mengetahui kalau sebut je minyak angin, kita biasnya akan gunakan bila badan kita mengalami sedikit ketidakselesaan. Sebelum pergi jumpa doktor kerana sakit kepala atau sakit perut atau sakit lenguh badan, biasanya kita akan self-medicate dulu. Kalau masalah tu tak hilang, baru kita pergi jumpa doktor.

Bila kita gunakan minyak angin, biasanya minyak angin tu akan berbau menthol, sebab itu adalah salah satu bahan dalam minyak angin. Menthol ni lah yang akan membuatkan minyak tu berasa panas dan berangin.

Tetapi, apabila aroma yang berasaskan wangian dicampur ke dalam minyak angin tu, bau si pemakai tidak akan berbau menthol terlalu kuat. Zana Therapy Oil ni mempunyai aroma yang menyegarkan. Jadi bila pakai, kita taklah berbau menthol sangat kan?

Baca tentang Zana Therapy Oil di sini.

Selain membantu menghilangkan ketidakselesaan badan, minyak angin beraroma boleh membantu mengurangkan stress yang boleh menyebabkan sakit kepala. Wangian aroma adalah santapan untuk jiwa, lalu apabila stress, adalah lebih baik untuk terus mecalit sedikit Zana Therapy Oil di pelipis kepala dan berehat sebentar sementara minyak terapi itu menjalankan tugasnya.

Ingin tahu tentang petua redakan sakit kepala, boleh klik sini.

Kelebihan Minyak Angin Beraroma seterusnya adalah aroma yang merupakan santapan jiwa boleh mencetuskan kekuatan. Kekuatan yang dihasilkan dari aroma bermanfaat dalam merangsang otak dan jantung, serta seluruh organ tubuh dalaman. Wangi-wangian mampu membuat hati gembira, menenangkan jiwa, dan menyegarkan semangat dalaman. 

Macam mana nak dapatkan Zana Therapy Oil?

Whatsapp – Zana Therapy Oil Malaysia

Facebook – Zana Therapy Oil Malaysia

Instagram – Zana Therapy Oil Malaysia