Kemalangan dan Kehilangan
Takziah saya dan Rahim ucapkan kepada keluarga Kak Niza atas kehilangan anak saudaranya, Amirul Fahmi Ashraf atau yang kami dan pembaca blognya kenali sebagai Ap.
Dalam last entry Kak Niza ada menyatakan yang mereka (Pah, Kaklong, Ap, Baby dan Amin) akan bertolak balik ke Saujana Utama pada Syawal ke-6.
Ap akan menghadapi peperiksaan PMRnya namun semua itu hanya menjadi kenangan kerana Ap telah menemui Pencipta-Nya dalam kemalangan yang berlaku di Tanjung Karang.
I received a call from a number I am not familiar with. Dalam pukul 3.20pagi. Some more, telefon kat luar tengah charge. Bila baca sms dari nombor yang tak dikenali tu, rupanya Kak Niza beritahu yang Ap dah takde.
Pah cedera teruk di muka dan tangan. Amin (bapa Kaklong, Ap dan Baby) cedera teruk di muka. Kaklong kena jahit di dahi. Syukur, Baby tak apa-apa.
Semalam, Kak Niza called, beritahu Pah kritikal.
Pagi ni, terima sms, Pah dah tranasfer ke Hospital Ipoh, dengan patah tulang belakang, tangan kiri dan kaki kiri patah. Cedera teruk di muka dan kepala. MRI dilakukan bila di Ipoh kerana takut ada bleeding dalam kepala.
Kaklong pulak, tulang pipinya patah dan akan dibedah pagi ini, tapi di Hospital Teluk Intan.
Friends, doakan semoga mereka semua selamat. Tabahkanlah hati Kak Niza dan keluarganya menghadapi dugaan ini, Ya Allah. Kuatkan mereka, satukan hati mereka Ya Allah.
3 thoughts on “Kemalangan dan Kehilangan”
Comments are closed.
Ya Allah Odah.. terkejut akak baca pasal ni.. Inalillahiwainnailaihirajiun.. Semoga Ap ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. serta ditabahkan hati Akak Niza sekeluarga..amen.
Kak ed,
Odah pun terkejut. Alfatihah untuk Ap dan Kak Niza tabah menghadapinya
Al-Fatihah buat Ap.
Buat masa ni tiada kata-kata yang boleh keluar dari mulut akak. hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan manis bersama ap menjelma silih berganti. hati akak bagai dijerut2. namun akak dan famili redho dengan pemergian ap.