KFC Zinger Waffle tak seperti yang disangka
Cerita basi tapi tetap nak tulis juga. Punyalah terliur tengok iklan KFC Zinger Waffle ni sampaikan beria-ria ajak Husband gi Subang 2 Drive-Thru. Tapi rupanya KFC Zinger Waffle tak seperti yang disangka!
Kenapa pulak tidak seperti yang disangka?
Ini iklannya. Tahu gambar iklan ni ilustrasi je. KFC bayangkan KFC Zinger Waffle tu macam ni.
![]() |
Sumber : www.kfc.com.my |
Saya pun terbayangkan Zinger Waffle ni macam ni.
#1. Waffle yang lembut dan lemak manis.
#2. Bacon strip yang rangup dan garing.
#3. Sirap maple dan mayonaise yang melimpah.
#4. Kepingan Ayam yang pernuh dengan rasa Pedas untuk balancekan rasa manis madu.
#5. BESARRRR.
Pergh….impian sebegitu tinggi dan itulah yang Ahkak bayangkan. Patutlaaaaa Ahkak keciwa!
Ini rupanya bila dapat, macam ni je. Ketinggian dia hanya separuh dari ilustrasi. Bacon memang laa nipis kan? Madu dan mayonaise tu sikit je bahaha.
Dannnnn waffle tu okayla lembut dan tak berapa tebal dan besarrrrr sikit je dari bun Zinger.
![]() |
Bila bukak sampul Zinger Waffle |
Well, ni memang betul-betul “Hanya Ilustrasi Sahaja”.
Tapi tapi tapi, dari segi rasa, takdelah kecewa sangat. Sebab kepingan burger ayam tu kan memang Zinger punya, so still sedap.
Maple Syrup pun okaylaaa walaupun macam Maple Syrup campur air. Hahahaha.
Mayonaise je sikit sangat.
Waffle tu pun ada rasa manis manis waffle.
Overall, Ahkak bagi 3.5 bintang dari 5 bintang.
Zinger Waffle ni masih ada dalam pasaran, so maybe Ahkak akan repeat sekali lagi kalau bosan makan Zinger Burger. Hahaha.
When things are a disappointment, try not to be so discouraged.