Kuah Rojak Pasti Terangkat Lahza PeDAS

Sebelum ini, kalau ada orang menyebut kuah rojak, saya hanya terbayang kuah kacang yang disiram ke atas rojak yang terdiri dari jemput-jemput kucai taugeh, kentang, telur rebus goreng dan timun sengkuang potong. Kiranya saya cuma tahu kuah rojak Mamak atau pasembor. Bila saya belajar di utara Malaysia, barulah saya tahu ada kuah rojak hitam ni. Masa ni ada jugak kawan dok sebut garam belacan, tapi rupa-rupanya kuah rojak yang berwarna hitam ni. Tapi kalau belah-belah Johor sana, kami panggil rojak petis. Dan sekarang ni, saya dah jumpa Kuah Rojak Pasti Terangkat Lahza PeDAS yang memang kena dengan selera saya dan keluarga.

Resepi Mee Rebus Sambal Pecal Lahza ada di sini.

Kuah Rojak keluaran Lahza Enterprise ini adalah ready to eat atau sedia untuk dimakan. Cuma buka penutup dan tuang ke atas buah-buahan seperti nenas, mangga, kedondong, jambu merah dan jambu batu atau apa jua jenis buah-buahan tempatan atau luar negara seperti epal dan kiwi. Kalau dengan buah, hidangan ini dinamakan Rojak Buah.

Kuah Rojak Pasti Terangkat

Kuah Rojak Pasti Terangkat PeDAS ini juga sesuai dan boleh dimakan dengan sayur-sayuran macam timun, kangkung celur atau makan dengan tahu atau tempe goreng. Perghh husband saya memang suka makan tempe goreng cicah Kuah Rojak Lahza yang memang pedas, manis dan berkacang ni. Memang standby je dalam almari tu, cuma kalau dah buka, kena letak dalam peti sejuk ya untuk memanjangkan hayatnya.

Kuah Rojak Pasti Terangkat

Ataupun kita boleh buat pecal juga dengan mengguna kuah rojak ni. Timun hiris, sengkuang hiris, kangkung celur, tahu tempe goreng tu semua dihidang bersama dan dicurahkan kuah rojak.

Baca tentang Sambal Pecal Segera Lahza di sini.

Kalau untuk snek, atau tiba-tiba ada tetamu datang, boleh potong sengkuang dan tuang kuah rojak atas sengkuang pastu tambah kacang tumbuk. Jadilah menu sengkuang calit. Senang je kan?

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuah rojak ni taklah banyak. Ada sos petis, kicap, sos cili, cili kisar, gula melaka, bijan dan kacang tumbuk, cumanya masa yang diambil untuk memasaknya itu yang panjang. Kita kena masak atau renehkan kuah rojak ni sehinggalah kuahnya pekat. Api kena perlahan ya, kalau tak akan mudah hangus dan bila hangus memang tak boleh makan sebab akan rasa hangit pahit tu.

Apa nak susahnya, beli sahaja Kuah Rojak Pasti Terangkat PeDAS ni dan ianya boleh didapati di sini.

Website – Lahza Enterprise

Whatsapp – Lahza Enterprise

Facebook – Lahza Enterprise

Instagram – Lahza Enterprise

Semoga bermanfaat!