Kuih Frozen Aizan’s Food PeDAS

Selalunya, kalau hari cuti hujung minggu, kita dan keluarga tak ke mana-mana, hanya duduk rumah, perasan tak kita akan selalu kat dapur je? Mula-mula masak untuk sarapan. Kemudian masak untuk lunch pulak. Maybe sekaligus masak banyak untuk dinner sekali. Tapi bila dah petang, saya selalu buntu nak masak apa untuk minum petang pulak. Paling simple adalah buat jemput-jemput bawang je. Tapi sesekali nak la juga menu lain kan? Saya ni tak rajin nak uli-uli tepung nak buat kuih-muih sebab saya rasa saya tak pandai buat jadinya kami selalu beli je sudahhh. Bila tahu ada kawan jual kuih frozen, maka saya selalu pesan dari Kuih Frozen Aizan’s Food PeDAS ni.

Kenapa Kuih Frozen Aizan’s Food?

Aizan’s Food telah memulakan langkah di dalam dunia perniagaan semenjak 7 tahun yang lalu. Dan mereka membekal makanan sejuk beku dengan memfokuskan kepada kuih-muih tradisional melayu.

Baca kisah saya dengan kuih tradisional sejuk beku atau frozen di sini.

Sebanyak 8 jenis kuih muih tradisional sejuk beku yang ditawarkan oleh Aizan’s Food dan semua resepi kuih muih ini menggunakan rempah ratus asli melayu. Dan apa yang membezakan mereka dengan pesaing mereka adalah resepi yang digunakan adalah resepi turun menurun keluarga Puan Noor Aizan binti Abdul Hamid. Wow, patutlah sedap sentiasa kuih-kuih Aizan’s Food ni.

Kuih Frozen Aizan’s Food PeDAS

Satu kuih tradisional yang keluarga saya suka (tapi saya kurang suka) adalah Kuih Bom. Tapi dengan Aizan’s Food ni mereka gelar Ondeh-Ondeh Bijan dan inti Ondeh-Ondeh Bijan ni orang Kedah suka dengan inti Kacang Hijau. Disebabkan pengasas Aizan’s Food iaitu Puan Noor Aizan ni oghang Kedah, hehehe, makanya mereka mengeluarkan Kuih Bom berintikan kacang hijau.

Satu rahsia dari Puan Azian adalah semasa menggoreng Kuih Bom ni, gunakan minyak terendam atau minyak yang banyak sehingga Kuih Bom tu tenggelam dalam minyak. Gunakan api sederhana pada 5 minit yang pertama. Selepas 5 minit, barulah besarkan api sambil kacau-kacau golek-golekkan dalam kuali sehingga warna Kuih Bom sekata kekuningannya.

Pesan Puan Azian lagi,

Jangan goreng lama sangat, nanti MELETUP!

~Puan Noor Aizan binti Abdul Hamid, Pengasas Aizan’s Food~

Hahaha, patutlah namanya Kuih Bom. Memang meletup macam bom rupa-rupanya.

Selain Kuih Bom, Azian’s Food juga mengeluarkan Roti Canai, Karipap, Samosa, Cucur Kacang atau saya panggil Gendang Kasturi, Cucur Badak, Donut dan Karipap Sardin. Semuanya dalam bentuk sejuk beku dan dipek dengan sempurna supaya ianya tahan lama.

Dapatkan tips membuat kuih frozen di sini.

Macam mana nak dapatkan stok Aizan’s Food?

Ada 3 cara iaitu :

1. Whatsapp – Aizan’s Food

2. Facebook – Aizan’s Food

3. Instagram – Aizan’s Food

Semoga bermanfaat!