Kalau bercakap tentang kuih frozen, memang banyak boleh kita sembang sebab saya antara penggemar makanan sejuk beku, dari kuih-muih sehinggalah ke lauk-pauk frozen. Sebab itu saya teruja dengan kuih tradisional sejuk beku Aizan Food PeDAS, program Perkhidmatan E-Dagang Setempat, di bawah jenama Aizan’s Food yang telah beroperasi selama 7 tujuh dalam industri ini.

Baca tentang Kuih Frozen Aizan’s Food di sini.

Menurut Puan Nor Aizan Abdul Hamid, banyak kuih-muih tradisional Malaysia yang boleh disejuk bekukan. Antaranya adalah Donut, Karipap, Roti Canai, Gendang Kasturi atau Cucur Kacang, Samosa, Cucur Badak, Kuih Bom atau Ondeh-Ondeh Kacang dan macam-macam lagi.

Lebih mudah jika kita buat banyak-banyak, lepas tu frozenkan dan bila nak makan, boleh thawkan lepastu terus goreng je. Selalunya bila hari hujung minggu atau hari cuti, memang nak mengunyah je kan? Bila pukul 4 petang tu, semua lapar macam belum makan tengahari, jadi perkara terbaik adalah bancuh Teh O dan gorengkan kuih-muih frozen dari Aizan’s Foon ni.

Dapatkan tips membuat kuih frozen di sini.

Kalau tetamu datang pun, takde lah kita hidang air Teh O kosong je kan? Ada jugak kuih yang boleh kita hidangkan. Ini memang amalan yang Ayah ajar, jangan hanya hidangkan air semata-mata, kena ada juga juadah ringan. Sebab tu saya selalu simpan stok kuih-muih sejuk beku dalam freezer.

Bila stok-stok kuih muih tradisional saya sampai, selalunya apa yang saya buat adalah asing-asingkan semula kuih-muih tu mengikut cara pemakanan kami. Sebab biasanya kuih frozen ni datang dalam bentuk 10 biji 1 peket, jadi saya selalu buat adalah dengan menggabungkan 2 jenis kuih kesukaan supaya bila sekali goreng, takdelah kena makan karipap tu 5 biji seorang.

Contohnya, untuk karipap, Aizan’s Food ada 2 menu iaitu karipap kentang dan karipap sardin. Saya akan gabungkan 5 biji karipap kentang dengan 5 biji karipap sardin dan bungkus semula dan saya gunakan sealer untuk mudahkan penyimpanan.

Kalau Cucur Badak, saya suka gabungkan dengan Donut. 6 biji Cucur Badak dengan Donut 4 biji sebab saya kurang suka dengan donut. Boleh makan 1 biji je jadi yang 3 biji memang suami yang makan, sebab itu favourite dia tu.

Akan ada 1 bungkus yang saya biarkan sebab itu selalunya saya khaskan untuk tetamu. Kalau adik-beradik atau kawan-kawan datang, goreng terus 2 peket untuk juadah mereka.

Cara untuk menggoreng kuih-kuih sejuk beku ni sedikit berbeza berbanding kalau kuih tu fresh, atau lepas siap je terus kita goreng.

Caranya adalah kena cairkan dulu kuih ni. Keluarkan dari freezer 1 atau 2 jam sebelum digoreng. Kalau tetamu tetiba muncul atau anak-anak nak makan dah tak boleh tunggu 1 jam, apa yang selalu saya buat adalah masukkan dalam microwave dan tekan fungsi thaw. Kalau takde microwave, boleh je terus goreng dengan syarat minyak kena panas betul kemudian selepas masukkan kuih, kecilkan api dapur dan goreng sehingga buih-buih hilang. Itu tanda kuih tu dah masak. Tapi saya selalu akan besarkan sikit api dapur sekejap untuk rangupkan kuih tu.

Macam mana nak dapatkan Kuih Tradisional Sejuk Beku PeDAS ini?

Ada 3 cara iaitu :

1. Whatsapp – Aizan’s Food

2. Facebook – Aizan’s Food

3. Instagram – Aizan’s Food

Semoga bermanfaat!