Penatnya pagi ni. Semalam teman ayah shopping. Hari ini giliran suami pula. Alhamdulillah, bengkel tutup hari ni, jadi sempatlah membeli baju seluar kasut. Bukan untuk raya, tapi kami memang jarang shopping.
Pagi-pagi terus ke PKNS Shah Alam. Cari songkok. Semalam di One Utama dan Ahad lepas di Plaza Shah Alam, takde pun orang jual. Yang banyak, kiosk pakaian wanita.
Penuh dah parking PKNS tapi dapat kat bahagian belakang, kalau takde, kena turun basement. Malas nak park sana, nanti kena naik tangga pulak. Hehe.
Terus menuju ke gerai songkok. Banyaknya songkok biasa, cik abang ni cari songkok tinggi 5 inci. Dapatlah di satu kiosk, tapi harganya dua kali ganda dari belo di Batu Pahat.
Gerai di Batu Pahat ni memang lejen. Sebab ayah yang suka kedai ni, memang dari muda sampailah sekarang, ayah pelanggan setia. Dari pakcik yang jual tu masih muda hinggalah sekarang ni, anak beliau yang ambil alih.
Bagusnya kedai ini selain dari harga yang murah, kualitinya memang terbaik. Baldu yang digunakan tu tak luntur kena angin dan air. Suami saya pakai hampir 8 tahun songkok sebelum ini. Nak beli baru sebab kepala dah kecik. Sebab rambut dipotong nipis, jadi kalau pakai songkok lama, macam Abdul Kulup lah dia.
Dah dapat songkok, cari pulak butang baju melayu. Tak banyak kiosk yang jual butang baju melayu, jadi bila ternampak, teruslah singgah. Murahlah butang baju, ada RM5, RM10, RM28 dan yang ada batu Swarowski tu berharga lebih seratus.
Rupa-rupanya ini kiosk kenalan saya. Tadi masa masuk, nampak gerainya tapi sebab ramai pelanggan, jadi saya terus cari songkok. Balik lalu sebelah belakangnya, jadi saya tak perasan gerai beliau.
Dapatlah berbual sebentar sambil saya memilih pin tudung yang hanya berharga RM10 untuk 6.
Kami terus ke Aeon Shah Alam untuk sesi seterusnya. Hehe kali ni beli kemeja, kemeja-t, slack, tali pinggang dan kasut. Pergh. Lelaki kalau sekali shopping, 4 angka pun okay je. Suami kata, bukan selalu berbelanja. Memang betul pun, dah tu, banyak pulak Sale sana sini.
Ni si isteri yang kepenatan menunggu suami shopping. Dapat kerusi terus duduk tak mahu bangun. Hehe
Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Terima kasih dan semoga ada yang saya coretkan ini memberi manfaat.