Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran
OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan
masuk waktu …solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah
khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah
ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana
pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia
boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni,
pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah
aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab
selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis
aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti
Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk
dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku
– dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala
Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak
gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu
je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau
pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut.
Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak.
Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti
si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.”
Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt
muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci
kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman
ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya
mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari
tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada
arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi
dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar
track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah
menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak
Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton
televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang
agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya
yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan
doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian
kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada
suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha
Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya.
“aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat
adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar
amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah
mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak
sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus
pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!
Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang
Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata
Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah
berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir
apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah!
Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula
ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut
dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di
sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan
stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis
yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin
dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang
hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak”
kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga
Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai
bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak
terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak
reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di
tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat
terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman
keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur
belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman
masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah
senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan
isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan
ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..”
komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak
rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.”
“okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman
langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib
itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata.
Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.”
Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus
keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri
bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman
kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam
Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak
mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil.
Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang
suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi
tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak
celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah,
rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.
“apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.
“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya.
Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti
kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang
air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di
buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan
rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”
Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu
tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang
jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu
abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa
dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan.
“awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya
faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa
baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul
dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu
beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright,
next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman
lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai
membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun
keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan
Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat
tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?”
Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman
memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman
dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman
telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata
Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa.
Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang
nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk
di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang
ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di
letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga
nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa
yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak
tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah
aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman
turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam
untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di
sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku
ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi
saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah
melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam
pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg
telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…
Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia
menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan
isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan
mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda
pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita
keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman
teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk
menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang
ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa
abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya
senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan
dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir
tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay.
Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang
tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan
buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman
membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja
kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan
wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun
alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack,
isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match.
Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama
dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu
di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..”
Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya
sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman
membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak
mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah
selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke
bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat
Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke
tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan
tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato
Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia
banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak
cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu
buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi
mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa
ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan
semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak
kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak
tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang
patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…
tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik
rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman
tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah
dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja
cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar
subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah
dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun
kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi
lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah
yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu
tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku
ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak
Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau
nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah
berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang
tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik
dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik
kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir
lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang
masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi
makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata
Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman
yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya
melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas
dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan
tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati
abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah
senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya
nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir.
Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat
ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di
pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along
dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk
membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta
petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi.
Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini,
click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali,
bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2)
Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang
JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan
sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang
TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali,
bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab
dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel
apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz
nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid
ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu
bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya
menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya
segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis
terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram
rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya
Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata
dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit
sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek
untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya.
Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu
dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu
Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya
khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki.
insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. –
Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah
mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu
buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas.
Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya.
Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah
air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah.
Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi
saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman
masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang
terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan
nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang
abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya
ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.”
Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah
sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah
memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…”
panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman
diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak
berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang
tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua
itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi
focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang
yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos
perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia
bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa
mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan
Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?”
Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit
kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman
terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di
restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk.
Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut
tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak
tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang
duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni,
panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba
hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah
lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?”
“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.”
Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.”
Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke
pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium
pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan
memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke
bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan
pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik
Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di
cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman
keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar
pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua
orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang
pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke
dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah
yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang
kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan
sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke
rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah
yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan
pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota
polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi
mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa
Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya
berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar
rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau
yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU
berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya
makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”
Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran
bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air
mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah
ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya
itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal
dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin
yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat
bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak
berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman
pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir
sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR
dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari
suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar
dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas
juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan
anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang
tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.”
Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di
bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda
bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar
hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran
berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun
dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan
wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik
itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah
menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf,
dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman
menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak
survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air
matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil
itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya
lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan
menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis
Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji
Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap.
Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya
rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras
mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari
yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu.
Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar
hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5
bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya.
Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu
bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah
dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah.
Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia
kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi
mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita
itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman
bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan
masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di
pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk
masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang
lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu
dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau
begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk
Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca
doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya
Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring
ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan
siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal
abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan
Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat
berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu
lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang
check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang
dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang
terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman
satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia
juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak
tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di
azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya
jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita
berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang
menanti. wallahua’lam..


Source: Facebook.