Meliponini atau lebih dikenali dengan nama Lebah Kelulut adalah lebah yang tidak mempunyai sengat namun boleh mengeluarkan madu sama seperti lebah madu. Lebah jenis ini selalunya mudah didapati di kawasan beriklim tropika dan sub-tropika seperti Malaysia, Australia dan juga kawasan tropika di Amerika. Dianggarkan terdapat sebanyak 500 jenis atau spesis lebah kelulut di seluruh dunia! Madu Kelulut asli mempunyai potensi pasaran antarabangsa yang luas disebabkan oleh khasiat yang didapati dari madu tersebut. Dengan mengambilkira pasaran yang meluas ini, Lulu Tree Madu Kelulut Asli telah mengambil inisiatif untuk terlibat di dalam bidang penternakan komersial madu kelulut ini.
Lulu Tree bermaksud Kelulut In A Tree kerana menurut pengasasnya, Puan Amrina Mohd Khalid, kebanyakan lebah kelulut membuat sarang di dalam batang pokok.

Apa yang menarik tentang lebah kelulut ini adalah penghasilan madu ini adalah bergantung kepada sumber makanan di sekeliling kawasan penternakan lebah ini. Sebab itu, madu kelulut ini sedikit masam berbanding madu biasa kerana kawasan pembiakan lebah di Lulu Tree adalah berdekatan dengan kebun limau kasturi.

Sarang lebah kelulut ini sesuai diletakkan di kawasan-kawasan redup seperti di bawah pokok-pokok yang rendang. Ini kerana lebah kelulut tidak berbahaya kerana lebah kelulut tidak mempunyai sengat.
Namun sarang lebah kelulut tidak boleh diletakkan di bawah matahari terik dan di kawasan terbuka yang panas kerana lebah-lebah ini akan mati kepanasan ataupun lari ke tempat lain untuk membuat sarang
Baca Khasiat Minum Madu setiap hari dari pengasas Lulu Tree di sini.
Menurut pegawai penyelidik dari sebuah agensi di Malaysia, sekurang-kurangnya 30 sarang diperlukan untuk terlibat di dalam penternakan komersial madu kelulut ini. Setiap satu sarang boleh menghasilkan sekitar 250 gram madu sebulan. Namun apabila menjelangnya musim buah-buahan dan musim bunga, hasil madu kelulut ini boleh meningkat sekitar 2 kilogram.
Madu telah diiktiraf sebagai ‘Superfood Malaysia’ dan telah menjadi terkenal di pasaran antarabangsa. Adalah menjadi misi perniagaan Amrina Dynamic Ventures untuk memartabatkan madu ke luar negara dan mereka ingin menjadi di antara orang yang terawal mempopularkan Malaysia sebagai pengeluar madu kelulut terbaik di dunia.
Untuk mendapatkan produk Lulu Tree Madu Kelulut, boleh lawati media sosial Lulu Tree seperti di bawah ini.
Facebook – Lulu Tree Madu Kelulut
Instagram – Lulu Tree Madu Kelulut
Youtube – Lulu Tree Madu Kelulut

Semoga bermanfaat!