“MAK KITA KATA TAK BOLEH BAGI KAWAN PINJAM.”

Hari pertama sekolah. Aku ke sekolah bersendirian. 
Tanpa ayah,
tiada ibu. Abang di sekolah lain.

Aku dihantar oleh pakcik. 
Pakcik inilah
yang membantu membesarkan aku adik-beradik.

Abang Ali di sekolah menengah. Jauh sekolahnya.

Jadi kena bangun pagi-pagi, mandi air sejuk. 
Pakai baju putih dan
seluar hijau. 

Baju sekolah yang orang bagi. 


Ada tanda biru di kocek baju. 

Kata
abang, ini sebab pen bocor. 

Jadi baju sekolah itu mahu dibuang. 
Abang jumpa di
tong sampah.

Abang kata, kalau takde baju sekolah, abang taknak pergi sekolah. 
Pakcik benar-benar jadi singa tatkala mendengar cakap Abang.

Pakcik tak tahu, Abang kena ejek bila pergi sekolah tak pakai baju
sekolah. 

Abang tak mahu bergaduh, sebab tu Abang nak ponteng kalau takde baju
sekolah.

Aku dengar pun takut. 
Nanti kalau orang ejek, macam mana? 
Kalau
cikgu marah, nak cakap apa? 

Tapi aku tak cakap dengan Pakcik.

Kesian Pakcik. 
Kami dijaga baik oleh beliau pun kami dah syukur. 
Takkan nak mintak duit lagi nak beli baju sekolah?

Abang kata, 
“Nanti Abang cari beg sekolah untuk Adam. Adam
mesti pergi sekolah.” 

Itu janji Abang.

Dan Abang kotakan. 
Bulan lepas, Abang bawak balik beg. 
Cantik
sangat. 

Beg tu beg gambar kartun, macam kat dalam tv tu. 


Abang kata itu beg
Thomas & Friends. 

Aku suka sangat beg tu sebab ada gambar keretapi.


Aku masuk kelas lepas berkumpul di dewan. 

Aku tengok, kawan-kawan
semuanya mak ayah hantar. 

Aku je datang seorang. 
Takpe aku tak kisah. 
Abang dah
pesan, jangan nangis, cikgu marah nanti.

Cikgu masuk dan suruh keluarkan pensel warna. 
Cikgu nak bagi
kertas. 

Suruh warna paling cantik.

Aku tengok dalam beg. 
Ada tak Abang letak pensel warna. 
Aku pun
tak tahu pensel warna tu apa.

Tapi rupanya beg tu kosong. 
Takde pape pun. 
Patutlah ringan.

Aku tengok kawan kat depan. 
Diorang keluarkan batang-batang macam
pensel. 

Tapi bila tulis, bukan warna hitam macam biasa. 
Keluar warna biru.
Warna merah. 

Macam-macam ada.

Aku mula mengira. 
Eh lebih sepuluh batang. 
Tapi aku tak tahu
berapa sebab aku cuma pandai kira satu sampai sepuluh.

Aku tengok je. 
Lepas tu aku bangun. 
Pergi ke meja depan.



“Awak, boleh saya pinjam pensel warna? Saya takde pensel
warna.”



“MAK KITA KATA TAK BOLEH BAGI KAWAN PINJAM.”



Aku tersentak. 
Kembali ke meja. 
Aku tahan air mata sebab Abang
kata jangan nangis. 

Aku sedih sangat.

Aku marah sangat pada Abang. 
Kenapa Abang tak sediakan pensel
warna? 

Tengok kawan depan tu, dia warnakan matahari dengan warna merah.

Aku nak warnakan matahari dengan warna oren, macam mana yang aku selalu
tengok bila dah nak malam.

Cantik sangat matahari masa tu.





Tapi aku tak boleh warnakan.
Sebab aku takde pensel warna.






**************************************

Ini kisah benar. 
Anak-anak ini memendam sedih manyapu air mata
setiap kali melihat kawan lain lebih sempurna. 

Paling sedih apabila anak-anak
ini diejek dan dicerca kerana tidak memiliki perkara asas, seperti yang
kawan-kawan ada.

Saban tahun kami dengar cerita dari mulut anak-anak ini dengan
hati yang remuk.

Tahun ini, TheGagaks, ingin memberikan dan berkongsi kegembiraan
bersama-anak dari 4 institusi ini.

> Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit
> Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Nurhidayah
> Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah, Kedah
> Sekolah Kebangsaan Cheras Baru

TheGagaks akan menghadiahkan peralatan persekolahan buat 200
anak-anak dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka.

Kami mahu berikan beg sekolah baru, uniform baru dan kasut sekolah
baru buat mereka. 

Dan kami mahu mereka tersenyum dan bergembira pada hari
pertama sesi persekolahan 2016 nanti.

Kegembiraan anak-anak ini hanyalah RM100 setiap seorang. Tuan puan
yang murni hatinya, yang mahu menjadi sebab anak-anak ini bahagia, boleh
menyumbang kepada TheGagaks.
TheGagaks amat bersyukur tuan puan mahu berkongsi dan TheGagaks
menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan
apabila mendapat sokongan dari tuan puan.

Jika tuan puan ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi 


PuanAlya –
0132513211 
atau 
Tuan Raffi – 0126605542. 



Mereka akan membantu tuan puan.




Tuan Puan boleh lawati www.facebook.com/thegagaks untuk
lihat aktiviti kebajikan TheGagaks.



Sumbangan Tuan Puan boleh disalurkan ke akaun 
Bendahari TheGagaks
iaitu 



Tuan MUHD RAFFIUDDIN BIN ROZLI

MAYBANK 

5622 6350 4598

TheGagaks mahu bawa anak-anak ini merasai kemeriahan membeli
uniform, memilih bag dan kasut sendiri pada 1 Januari 2016.

Jadi tuan puan kongsikan dan salurkan sebelum 31 Disember 2015 ya?

Insyaallah, Tuan Puan menjadi asbab 200 anak-anak ini bahagia
ceria di hari pertama persekolahan 2016
***********************

Tuan Puan SHARE kan post ini di wall FB, Blog dan di Whatsapp
group ya? Kita sama-sama sebarkan kebahagiaan ini.