Makan-Makan Semalam dengan GRABFOOD


Semalam tiba-tiba jam 10.30 pagi, terasa lapar yakmat. Lapar yang tak boleh bincang. Memang nak kena makan juga. Tapi masalahnya, MALAS nak keluar cari makanan. Sebab kat sini dah kiranya waktu makanan Breakfast dan habis tapi makanan Lunch belum keluar. Tu yang semalam order makanan dengan GRABFOOD.

Dekat area Shah Alam ni, belum banyak restoren yang join GRABFOOD ni. Dan pulak waktu semalam tu, nak order Nasi macam berat.

Nampak pulak Texas Chicken ni ada menu Spicy Korean Rice Bowl. Harganya cuma RM5.80. Perut tengah lapar, nampak pulak gambar ni. Memang terus order laaaa.

Makan-Makan Semalam dengan GRABFOOD


Eh untuk APRIL ni, GRABFOOD ada promosi FREE DELIVERY ya. Gunakan code NOJOKE, delivery charge tu akan jadi 0.

Masa menunggu takdelah lama. Memula di apps cakap 35-45 minutes. Uish macam lamaaaaaa je.

Sekali tengok balik, rider dah sampai kat outlet Texas Chicken kat Utropolis sana. 5 minit je lepas tu terus dia odw hantar ke Rahim Auto. Yeay!

Kiranya dari start order sampailah makanan sampai, tak sampai 30 minit pun. Yelah, sebab awal sangat kot belum lunch time, tu yang cepat tu.

Makan-Makan Semalam dengan GRABFOOD

Makan-Makan Semalam dengan GRABFOOD



Untuk Spicy Korean Rice Bowl ni, ada Nasi Putih. Isi Ayam yang dipotong kecil. Ada juga Salad dan Tomato serta Sos Pedas Korea.


Sepatutnya, kena gaul kot semua tu, saya tak gaul hahaha memang sejenis makan nasi tak gaul semua. Akan makan sikit-sikit, sejemput nasi, letak lauk semua baru suap ke mulut. Ayah selalu tension tengok saya makan Nasi Kerabu. Geram je Ayah sampaikan Ayah offer untuk gaulkan semua sayur, isi ikan, kelapa parut, sambal dengan budu tu semua.


Tapi saya taknak, sebab memang makan macam tu. Hahaha. So saya makan sikit-sikit la Spicy Korean Rice Bowl ni.


Saya start dengan makan Nasi sahaja dengan sedikit Sos Pedas tu. Makkkk aiii punyalah pedas. Ini tahap orang yang tak tahan pedas yaaa bukan set-set yang makan Ayam Geprek Level 1 tu yang cakap tak pedas langsung walhal kita macam nak pengsan kepedasan dah.


Tapi tapi walaupun pedas, tetap habiskan jugak sebab SEDAPPPPP hehehhe. Dan kenyang jugak sampai ke petang walaupun nampak macam sikit.


Berbaloi ke? For me, worth the money sebab fastfood kan. Cumanya tak order lagi la sebab pedasshhhhhhh sampai berpeluh-peluh lencun tisu. Nasib baik tak sakit perut walaupun perut tengah kosong makan Spicy Korean Rice Bowl. Tu yang rasa okay tu. 


Nanti cuba ya, sedappp.


Bye!