Sarapan pagi favourite keluarga saya adalah Nasi Goreng, Mee Goreng, Mee Hoon Goreng, Kuey Teow Goreng, kiranya semua goreng-goreng la. Hahaha fried food taste better kan? Setiap kali ke pasar malam atau pasar raya, memang akan grab perencah masakan ataupun kita panggil isi hidangan macam fish cake, fish ball, sotong ball, chicken ball dan lain-lain. Dan bila saya terjumpa dengan Fishball dan Fishcake keluaran muslim, saya memang terujalah. Makanan Frozen Aini Pinky Food Usahawan PeDAS adalah usahawan yang mengeluarkan makanan frozen seperti fishcake dan fishball berstatus halal Malaysia.

Fishball dan fishcake yang difrozen sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu yang sibuk menguruskan kehidupan keluarga kerana ianya menjimatkan masa dan menyedapkan masakan kita. Menyedari hakikat bahawa semua ibu dan isteri mahukan yang terbaik dan yang semestinya HALAL buat keluarga mereka, maka Aini Pinky Food telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan makanan frozen di bawah jenama Ainy Pinky Food.

Produk keluaran 100% Bumiputra Muslim ini telah beroperasi sejak tahun 2015 secara kecil-kecilan namun pada awal tahun 2020, Aini Pinky Food telah berpindah ke kilang baru bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin bertambah sejak menyertai PeDAS.

2 produk utama Aini Pinky Food adalah Fishball dan Fishcake, yang dibuat dengan isi ikan yang segar membuatkan rasa fishball dan fishcake lebih enak dan sedap. 

Baca mengenai sebab-sebab kita perlu memilih Aini Pinky Food yang mengeluarkan fishcake dan fishball halal di Johor.

Makanan Frozen Aini Pinky Food

Fishball Aini Pinky Food boleh terus dimakan selepas dinyahbekukan tanpa perlu merebusnya semula kerana ianya telah dimasak sebelum dibungkus dan dibekukan.

Sama juga dengan fishcake kerana ianya telah digoreng dahulu menjadikan ianya lebih mudah dan cepat. Memang pilihan saya lah ni sebab cepat dan jimat masa.

Walaupun begitu, produk fishball dan fishcake ini perlu disimpan pada suhu bawah 5°c atau sejuk beku -18°c. Dan untuk menggunakannya, keluarkan dari peti sejuk beku dan nyahbekukan. Jika ingin menggunakannya dengan segera, hanya perlu direndam dalam air panas selama 5 minit, kemudian boleh terus digunakan sebagai bahan perencah di dalam masakan seperti Nasi Goreng dan Mee Goreng.

Baca mengenai Resepi Oden menggunakan Fishball dan Fishcake Aini Pinky Food di sini.

Tapi kalau nak guna fishcake dan fishball Aini Pinky Food ni dalam masakan yang berkuah macam Sup Fishball atau Mee Kari, tak payah rebus atau rendam sebab takut hancur pulak fishcake dan fishball tu. Cuma keluarkan dari peti sejuk beku dan basuh sebentar dan terus masukkan ke dalam periuk. Senang kan?

Mana nak dapatkan produk-produk makanan frozen Aini Pinky Food usahawan PeDAS ni?

Ada 4 cara untuk mendapatkan produk makanan frozen Aini Pinky Food ;

Whatsapp – Aini Pinky Food

Facebook – Aini Pinky Food

Instagram – Aini Pinky Food

Website – Aini Pinky Food

Semoga bermanfaat!