Aduh…first time jadi pada saya.
Sejak Jumaat lepas, perut saya tak berapa sihat. Bermula dengan cirit-birit. Sabtu paling teruk sebab setiap jam saya ke tandas.
Ahad hingga Rabu, ada kurang sikit kekerapan tu, tapi Selasa Rabu, perut berangin pulak. Letak minyak angin pun tak berapa berkesan. Sampai takut nak buang angin, takut bukan angin je keluar, dengan *xxxx* sekali mengikut.
Tapi, pagi ni rasa okay dah perut. Yang tak okay adalah saya LAPAR. Semalam hanya makan Spaghetti Alfredo sahaja, so agak lapar pagi ni.
Suami ajak breakfast kat luar, sebab dia nak cepat ke bengkel. Saya okay je. Semangat nak makan Nasi Goreng, sebab lapar sangat. Tapi sebelum keluar rumah, saya minum sesudu teh Vivix Shaklee.
Sampai je kat warung biasa kami, alamak…Nasi Goreng belum siap. Saya intai dapur, nampak mereka tengah goreng Mee Hoon, maknanya lepas tu baru goreng nasi. Lambat sangat nak tunggu, so saya order Nasi Lemak.
Tak sampai separuh saya makan, tiba-tiba rasa semacam. Dah agak dah ni, nak muntah ni. Saya jangka hanya sikit je lah.
Sekali keluar, air Nescafe yang saya minum sikit tadi. Dapat tekup dengan tisu.
Sekali, terasa nak muntah lagi.
Alamak, saya tak naklah putuskan selera orang yang tengah makan ni. Melilau mata saya mencari ruang untuk saya keluarkan isi perut. Saya ternampak kawasan seberang jalan dari warung tu. Cepat-cepat saya bangun dan tuju ke tempat tu dan muntah. Ergh…Lega dah perut saya.
Jadi, saya memohon maaf kepada pengunjung Warung Liyana jika saya terputuskan selera tuan/puan.