CINTA INGGERIS

Teks : Saudah Salleh


CINTA INGGERIS 
=============== 
Sejak masuk sekolah menengah, saya mula jatuh cinta. 


Jatuh hati dengan pembacaan. 


Bermula dengan majalah, kemudian beralih kepada kisah-kisah menarik Enid Blyton. 


Buku buku Enid Blyton yang saya baca telah diterjemah ke Bahasa Malaysia, jadi amat menyeronokkan untuk dibaca. 


Antara yang saya ingat ialah kisah adik-beradik Jackson, kisah 5 sekawan dan siri Tujuh Penyiasat. 


Semasa sekolah berasrama, saya lihat seorang rakan sekelas amat suka membaca novel berbahasa inggeris. 


Saya kata,” Odah tak faham la bila baca. Nanti asyik kena buka kamus aje.” 


Kawan saya kata,” Baca sepenuhnya satu ayat itu. Fahamkan. Kemudian tulis perkataan yang tidak faham. Habis satu bab, baru buka kamus.” 


Oh macam tu rupanya. Senang aje. 


Kalau tak tahu, semuanya susah. 


Bila susah, mudah patah hati putus asa mahu buat. 


Bila tak buat, apa pun tak boleh. 


#mystory 
#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto