Marketing Manager Kami Yang Bernama BNI Spektra
Bulan Mac 2018 merupakan bulan yang penuh dengan memori indah. Saya dan bisnes kami menggajikan lebih 40 orang Marketing Manager Kami Yang Bernama BNI Spektra.
Ramai kan Marketing Manager kami?
Mereka semua ini merupakan Ahli BNI Chapter Spektra.
Apa itu BNI?
BNI® is the world’s largest business networking, referrals and word of mouth marketing organization.
BNI ialah satu organisasi bertaraf dunia yang menggunakan sistem rujukan (referral) dan pemasaran secara mulut-ke-mulut (word of mouth) dalam membina rangkaian (networking) dan menambahnilai bisnes ahli dari semasa ke semasa.
Dah lama dah BNI ni wujud, sejak tahun 1983 oleh Dr Ivan Misner dari Amerika.
BNI Spektra
BNI Spektra ni pulak merupakan Chapter Ke-6 DI DUNIA yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu.
Kenapa saya menyertai BNI Spektra?
Semuanya adalah kerana bisnes kami iaitu Rahim Auto. Rahim Auto merupakan sebuah bengkel kereta UNTUK WANITA.
Iyaaa kami ada bengkel baiki kereta. Dan bengkel kami memang fokus pada pemandu WANITA!
Jadi, kami perlukan ramai team marketing bagi membolehkan kami membuat pemasaran yang padu!
Lagipun kami faham KETAKUTAN seorang pemandu WANITA adalah untuk ke bengkel kereta kerana MEREKA TAKUT DITIPU!
Jadi, kami cater kan bengkel-bengkel kami kepada wanita.
Kami sebenarnya perlu EDUCATE ramai (kalau boleh SEMUA) pemandu wanita asas-asas penjagaan kereta supaya mereka tidak lagi ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ini selari dengan VISI kami di Rahim Auto iaitu Menjadi Bengkel Yang Dipercayai di Malaysia. Insyaallah.
Kalau ada kawan-kawan yang mahu perkenalkan produk kepada lebih 50 orang usahawan, maklumkan pada saya ya di rahimautoshahalam@gmail.com.
Saya tolong tanpa bayaran. Insyaallah.
Bye.