BANGSAR VILLAGE

Teks : Saudah Salleh



BANGSAR VILLAGE 
**************** 


Semalam kami ke BV. 


Utamanya mahu berjumpa CikPuan @ira_dyana dan Tuan @mohd.syafie.borhan. 


Tuan Guru Dato’ @roslanabhamid menulis di FB, 

“Apabila belajar, belajar. Apabila tidak belajar, mengajar”. 

Kami belajar hingga tidak sedar masa berlalu. 


Terperasan sekeliling kami telah gelap dan sunyi. 


Jarang ke Bangsar. Rupanya Bangsar sudah tidak “happening” lagi. 


Jam 1 pagi semuanya telah tutup kecuali McD. 


Sudahnya, semua pintu BV telah dikunci. 


“Alamak, macam mana nak balik?” 


Tuan PE kata, “Takpe. Kalau tak boleh ambil kereta, kami hantar balik”. 


Hihi pertama kali parking dikunci. Nasib baik tak kena tinggal tepi jalan. 


Alhamdulillah, ada pengawal keselamatan yang bantu. 


Kena masuk dari tanda P, berjalan terus dan belok ke kanan. Kemudian dakilah “ramp” untuk ke bahagian atas. 


Alhamdulillah jumpa kereta dalam termengah-mengah lama tak exercise. 


Pengajarannya, pastikan waktu Mall atau kedai itu beroperasi. 


Pastikan parking kereta di tempat yang betul iaitu parking yang beroperasi 24 jam. 


Kami andaikan Starbucks Coffee buka hingga jam 3pagi. Rupanya hanyalah hingga jam 1 pagi di BV1. 
BV2 dah tutup pada jam 10 malam lagi. 


Hah, kenangan dalam menuntut ilmu. Hihi. 




P/S :Like FB Page Rahim Auto.