
Minuman Sarang Burung Sayap Walet PeDAS
Sejak kebelakangan ini, sarang burung semakin menjadi perhatian, lebih-lebih lagi untuk sarang burung walet. Mungkin kerana harganya yang boleh mencecah RM4,000 sekilogram menyebabkan permintaan sarang burung semakin meningkat. Dikatakan industri ini bernilai RM1,500,000,000 atau RM1.5 billion, ini hanya pasaran di Malaysia sahaja tau! Dan Malaysia adalah pengeluar sarang burung walet ketiga terbesar di dunia dengan pengeluaran purata sebulan sebanyak 12 juta tan. Sarang burung walet ini merupakan makanan eksotik yang sangat berkhasiat dan popular sejak zaman dahulu kala. Atas sebab inilah Nuras Secret Enterprise mengeluarkan minuman sarang burung sayap walet PeDAS (Program E-Dagang Setempat).
Puan Noraslina, pengasas kepada jenama Sayap Walet, berhasrat untuk memperkenalkan produk-produk berasaskan sarang burung walet seperti minuman, makanan tambahan dan juga kosmetik. Buat masa ini, produk yang menjadi pilihan pelanggan adalah minuman sarang burung sayap walet yang mempunyai 3 perisa iaitu durian belanda, kurma dan laici. Minuman ini dikeluarkan di dalam botol bersaiz 250ml dan setiap botol ini mempunyai sarang burung walet sebanyak 2%. Nampak macam sikit je kan tapi ianya mencukupi untuk sekali hidangan.
Baca khasiat sarang burung walet di sini.
Apabila ditanya mengapa Sayap Walet mengeluarkan minuman berperisa buah-buahan segar seperti Laici, Kurma dan Durian Belanda, Puan Noraslina menjawab, beliau ingin agar penggemar sarang burung sayap walet dapat menikmati minuman kegemaran dengan penuh kenikmatan rasa buah-buahan segar, setiap hari, tanpa miss!
Minuman ini sebaik-baiknya diminum pada waktu pagi sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur. Bagi ibu-ibu mengandung, perisa kurma adalah yang terbaik kerana selain membekalkan kalsium, ia juga adalah sumber tenaga paling pantas tanpa memberi kesan kepada tahap gula dalam darah. Ibu-ibu hamil memerlukan kalsium dua kali ganda dari biasa dan sekiranya tidak mendapat kalsium yang mencukupi, tubuh akan merasa letih, tidak sihat dan berkemungkinan mengalami anemia atau kekurangan darah.
Satu fakta menarik tentang sarang burung sayap walet adalah ianya berasal dari cairan yang keluar bersama dengan air liur yang telah kering dan tidak bercampur dengan najis ataupun kotoran.
Bolehkah kita memakan sarang burung sayap walet ini?
Di dalam satu kajian yang saya baca, tidak ada sebab untuk mengatakan sarang burung sayap walet tidak boleh dimakan kerana sarang itu terhasil dari air liur burung walet dan air liurnya itu adalah suci. Jadi tiadalah keraguan untuk menikmati kebaikan dan manfaat sarang burung sayap walet ini.
Baca tentang produk sarang burung walet Malaysia di sini.
Dapatkan minuman sarang burung sayap walet PeDAS dalam 3 cara :
Facebook – Sayap Walet
Instagram – Sayap Walet
Website – Sayap Walet